Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all 7622 articles
Browse latest View live

Samseng UMNO antara 78 sertai PAS di Felda Bukit Permai..

$
0
0

Kalau semalam Bernama telah melaporkan seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.

Yang buat aku gelak sorang-sorang bila baca laporan itu ialah bila ada seorang Pok Cik yang masuk UMNO tu dakwa diri dia adalah bekas PEMUDA TAHAN LASAK PAS.. sebabnya setahu aku PEMUDA TAHAN LASAK tu hanya ada dalam UMNO..

Baca laporan itu di ( SINI )

Ini pula adalah sebahagian laporan yang dipetik dari Facebook Mazlan Aliman..

5 hari demam, terubat dan berasa lega hari ini apabila saya menerima borang PAS dari 78 orang yang sebahagian besarnya bekas pemimpin dan ahli Umno dari Felda Bkt Permai.
Ketua penaja PAS Cawangan, En Kamal Hamzah mewakili yang lain2 menyerahkan borang kepada saya sambil disaksikan Yang DiPertua PAS Kawasan Kulaijaya, Sdr Hisham Mohd Zin dan Ketua Dewan Pemuda, Sdr Ahmad Tabrani.

Ia disusuli takbir yang bergema beberapa kali mengiringi peristiwa bersejarah tersebut.

Hampir 90% peratus yang menyertainya adalah orang muda berusia antara 25-50 tahun.

Ada dikalangan mereka dulunya adalah samseng Umno 'berdengung' yang menghalang PAS daripada apa jua aktiviti.

Kini, kata mereka, kami dah tobat.

Kami mahu mati dalam Perjuangan Islam!

Majlis diselangi dengan sumbangan peralatan sekolah kepada hampir 100 pelajar dari Felda Bkt Permai dan Kg Murni Jaya.

Kalau ramai tokoh2 hebat dah masuk PAS, orang biasa nak tunggu apa lagi?

Dituduh rasuah tanah 10,526 ekar tanah bernilai RM30Juta.. Ini jawapan TG Nik Aziz dan Ngeh..

$
0
0

17 Disember lalu, sebuah Blog Pro UMNO dari utara Semenanjung telah menyiarkan beberapa dokumen yang dakwanya diterima dari seorang pemimpin DAP selepas Kongres DAP di Pulau Pinang.

Dakwanya pemimpin DAP itu memintanya agar mendedahkan siapakah Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang sebenarnya.

Dari pendedahannya itu beliau mendakwa kononnya Ngeh dan Nga terlibat dalam penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada TG Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.

Tanah yang didakwa telah diberikan kepada Ngeh dan Nga itu terletak di Relai, Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan dan ianya berkeluasan 10,526 ekar dengan nilai dianggarkan sekitar RM 30Juta.

Jika benar dokumen itu dibekalkan oleh pemimpin DAP yang kecewa dengan perlantikan Ngeh dan Nga itu, sepatutnya ianya disalurkan terus kepada SPRM untuk siasatan bukannya kepada Blog tersebut.

Kerana mana mungkin SPRM tidak akan menyiasat perkara yang melibatkan pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat terutamanya TG Nik Aziz..

Lainlah kalau tuduhan dilakukan terhadap Pemimpin UMNO/BN… bekalkan bukti setebal novel pun depa buat bodoh saja.. contohnya kes ini (baca di SINI )..

Berbalik kepada tuduhan Blog Pro UMNO itu.. berikut adalah jawapan dari TG Nik Aziz..

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengarahkan pegawainya mempertimbangkan perkara tersebut untuk dibawa ke mahkamah.

"Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.

"Saya harap pegawai saya mempertimbangkan semua untuk ke mahkamah dan mudah-mudahan ALLAH menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada media ketika ditemui di JKR 10 di sini, semalam.

Laporan blog itu mendakwa tawaran tanah bernilai lebih RM30 juta itu berlaku ketika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Mengulas lanjut tuduhan tersebut Nik Aziz memberitahu dakwaan salah guna kuasa terhadap beliau itu dilakukan oleh orang-orang yang jahat.

 "Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.

"Sebab itu saya sebut kalau berita yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit kita kena berhati-hati," katanya ~ Sinar

Dan berikut pula adalah kenyataan dari Ngeh yang dituduh menerima rasuah itu..

IPOH - “Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah." Itu respons Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas tuduhan terhadap dirinya yang didakwa terlibat dalam isu skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar hasil pemberian Kerajaan Pas Kelantan.

Katanya, dakwaan sedemikian tidak benar sama sekali kerana dirinya memegang prinsip untuk tidak memberi mahu pun menerima rasuah sejak remaja lagi.

Malah menurut Pengerusi DAP negeri itu, pengalamannya sebagai pemimpin bagi sebuah gereja Methodist tidak lama dahulu telah membantu mendisiplinkan dirinya dalam isu berkenaan.

“Saya telah memegang prinsip untuk tidak memberi atau menerima rasuah sejak zaman remaja lagi.

“Malah, guru penasihat saya di gereja berkenaan juga terpaksa menduduki ujian memandu sebanyak tujuh kali semata-mata tidak mahu terlibat dalam gejala rasuah yang berleluasa pada ketika itu.

“Dengan berpandukan prinsip inilah saya dapat menikmati hidup yang selesa dan diberkati Tuhan sehingga ke hari ini,” katanya pada sidang media semalam bagi menjawab dakwaan Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengenai isu berkenaan.

Hadir sama pada sidang media itu, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming; Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Adun Teja, Chang Lih Kang; Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam.

Sementara itu, Koo Ham berkata, penafian berkenaan sekali gus diharap dapat membantu membersihkan sekali nama Kerajaan Kelantan yang didakwa turut menganugerahkan tanah seluas 4,210 hektar.

Katanya lagi, nilai tanah yang dianggarkan bernilai hampir RM30 juta itu turut melibatkan beberapa lokasi seperti Relai serta Chiku yang berhampiran dengan Gua Musang.

“Saya harap penafian ini akan turut membersihkan nama Kerajaan Kelantan kerana tuduhan berkenaan adalah satu fitnah.

“Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,” katanya lagi ~ Sinar

Itu jawapan mereka.... yang menjadikan tuduhan Pisau.net itu sebagai satu FITNAH!!!

Aku terkedu bila baca ayat Ngeh yang ini.. “Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,”

Orang bukan Islam mengingatkan orang Islam bahawa fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh??

Malu weh!!!
 
Baca juga penjelasan dari SU Akhbar TG Nik Aziz tentang kemana perginya tanah itu yang sebenarnya di ( SINI )

Kemana sebenarnya 10,526 ekar tanah yang dikatakan telah serah kepada DAP itu?.. ini jawapannya?

$
0
0

Menjawab tuduhan Blogger Pro UMNO yang mendakwa beliau telah merasuah Ngeh dan Nga dengan tanah seluas 10,526 ekar yang bernilai RM30 Juta..

TG Nik Aziz berkata "Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.

"Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.

Manakala Ngeh yang dituduh menerima rasuah itu berkata “Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah."

Diakhir kenyataannya Ngeh juga sempat mengingatkan Blogger Pro UMNO itu.. “Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,”

Kedua-dua jawapan tersebut sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Berikut pula adalah kenyataan dari Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan menjelaskan kemana sebenarnya tanah itu diberikan..


Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012.

Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13.

Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan.

Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000.

Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak. Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat.

Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008.

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.

Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010.

Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan.

Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012 -


AHMAD FADHLI SHAARI,
 Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Pergaduhan di Sungai Petani.. Apa kata penduduk.. (Video Inside)

$
0
0

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengesahkan berita pergaduhan remaja India dengan Melayu adalah pergaduhan biasa yang melibatkan anak-anak muda.

"Cumanya ianya melibatkan dua kaum," kata Johari, ahli Majlis Tertinggi PKR, dalam kenyataannya. Menurut beliau, ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin.

"Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sungai Petani. Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu," kata Johari dalam kenyataannya.

Dan berikut pula adalah temuramah dengan beberapa penduduk Sungai Petani mengenai insiden tersebut..


Rakaman oleh Polis Kontijen Kedah

Eh? Muhyiddin dah rampas kuasa ke ni??

$
0
0

Mungkin kenyataan 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM sebelum PRU13 seperti yang terpapar pada poster di atas akan menjadi kenyataan..

Hari ini dilaporkan Muhyiddin telah memberikan arahan kepada Media Tunggangan UMNO, arahan ini biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu.

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengarahkan media Umno agar membuat promosi kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Arahan yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu ini dibuat dalam pertemuan beliau dengan para editor kanan Kumpulan Media Prima baru-baru ini.

Media di bawah kumpulan Media Prima adalah TV3, TV7, TV9 serta akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam lawatan ke luar negara termasuk Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India di New Delhi selama dua hari bermula semalam.

"Biasanya arahan sebegini keluar dari orang nombor satu atau PM kerana ia melibatkan halatuju laporan media di bawah kawalan kerajaan dan Umno," kata sumber kepada Harakahdaily.

Arahan ini dikeluarkan ketika kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak rating Umno, BN dan kerajaan jatuh menjunam walaupun rating Perdana Menteri ketika itu masih bertahan.

Arahan ini dikeluarkan ketikan berita angin semakin kencang akan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara awal tahun depan.

Seorang pemerhati politik dari Dubai dalam satu pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily berkata, beliau mendapat maklumat akan berlaku peralihan kuasa tampuk kerajaan awal tahun ini.

Ketika ditanya, dari manakah sumber itu, beliau menjawab, "Pirates of Putrajaya."

Kesemua 'berita angin' ini sampai kepada Harakahdaily ketika tekanan semakin hebat terhadap pimpinan utama kerajaan ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh peniaga permaidani, Deepak Jaikishan. 

Kini, media alternarif, Majlis Peguam dan para peguam serta bekas menteri memberikan tekanan terhadap seorang peguam kanan yang dikatakan terlibat dalam membuat draf akuan bersumpah kedua (SD 2) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Beliau didakwa membuat akuan bersumpah itu tanpa berbincang dengan PI Bala manakala PI Bala pula mendakwa ia dibuat dalam tekanan.

Dalam SD yang pertama, PI Bala mendakwa pemimpin kanan negara terlibat dalam kematian tragis Altantuya Shariibuu manakala dalam SD 2, Bala menafikan sepenuhnya dakwaan dalam SD yang pertama itu ~ Harakahdaily

Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat

$
0
0

Aktivis pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di situ.

Umar  adalah salah seorang peserta protes 'Occupy Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur.

Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP).

Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan.

Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut.

Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ.  
Muzik iringi protes
Malaysiakini meninjau kemah protes itu pagi ini dan mendapati kira-kira sepuluh orang daripada mereka masih berada di situ, sambil menyanyikan lagu protes, diiringinya dengan mainan gitar.

NONESeorang jurucakap kumpulan itu berkata, mereka berada di situ untuk jangka panjang, walaupun keputusan belum lagi dibuat melalui konsensus sama ada mereka akan mengadakan protes sepanjang sebulan  tempoh Umar dipenjara.

Menurutnya lagi, pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi, mereka telah didatangi dua pegawai Cawangan Khas yang mengambil butir-butir mengenai dua di kalangan mereka, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan lain.

Seseorang pegawai penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga datang pada kira-kira jam 9.30 pagi bertanya sama ada mereka mendapatkan sebarang kebenaran untuk berkhemah di luar penjara. 

Bagaimanapun, selepas campurtangan wakil PSM, anggota penguatkuasa itu berkata mereka tidak akan mengganggu selagi sebagai pelajar terbabit tidak menghalang lalulintas dan orang ramai yang lalu di situ.

Anggota itu berkata, mereka menyerahkannya kepada pihak polis untuk memantau keadaan di situ.

NONEMalaysiakini mendapati beberapa anggota polis berpakaian
preman memantau pelajar manakala pegawai penjara memantau mereka dari tempat pemeriksaan keselamatan di tepi jalan dan di pintu masuk utama.
Pada kira-kira jam 11.10 pagi ahli majlis MPKj Lee Kee Hiong datang memberi sokongan moral. Turut datang ialah kartunis politik Zunar dan beberapa pemimpin DAP tempatan.

Pada sekitar tengah hari, keluarga Umar yang melawatnya pagi ini datang menyampai mesej dari Umur untuk rakan aktivis di kemah tersebut.

"Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," kata bapanya, yang berkata semangat juang Umar tidak patah oleh apa yang dilaluinya sekarang.

Beliau berkata, anaknya berada dalam kesihatan yang baik, bersemangat dan Umarnya secara berjenaka berkata hukuman penjara sebulan itu adalah satu latihan baginya untuk berhenti merokok.

Para pelajar tersebut merancang untuk mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang ini.

GEMPAR!! Ibrahim Ali bercakap dengan Kerusi di Hulu Langat!!

$
0
0

Penghujung November lalu PERKASA Hulu Langat telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk "Ancaman Terhadap Islam, Melayu dan Negara" di Taman Setia Balakong.

Laporan dari Blog PERKASA Hulu Langat mendakwa 2,000 orang telah hadir, namun begitu dari gambar-gambar yang disiarkan oleh Blog tersebut kelihatan jumlah yang hadir tidak lebih dari 400 orang pun..

Ni sekeping lagi gambar.. pandangan dari depan..


Dan semalam pula, disamping menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat serta bagi menguji kekuatan atau sambutan masyarakat terhadap PERKASA satu lagi program ceramah telah diadakan di Hulu Langat.. kononnya untuk membongkar keburukkan Pakatan Rakyat..

Meskipun hebahan mengenai program tersebut digantung disegala penjuru lampu isyarat di kawasan Hulu Langat, Cheras dan juga Kajang hingga menyemak mata memandang.

Dan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali sendiri sebagai penceramah utama dan dibantu oleh Zahid Mat Arip selaku Murshidul Am TIBAI..

Namun begitu.. akhirnya.. mereka bercakap dengan kerusi yang lebih banyak dari orang..



Ketiga-tiga gambar di atas datangnya dari DPPWM
Adakah Ahli-ahli PERKASA yang dulunya ramai hadir ke ceramah PERKASA November lalu sudah terpengaruh dengan kata-kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub yang menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara?

Atau mungkinkah Ahli-ahli PERKASA yang dulunya ramai juga sudah muak dengan kenyataan retorik Ibrahim Ali??

Apa dah jadi Pak Brahim??... kah..kah..kah..

Kalau nak tengok Ezam Mat Nor bercakap dengan kerusi semasa di Sarawak.. tengoklah di ( SINI )

Peserta perkhemahan ‘Solidariti Umar Mohamad’ dihalang guna Masjid..

$
0
0

Peserta perkhemahan ‘Solidariti Umar Mohamad’ di depan Penjara Kajang yang berkhemah depan pintu penjara sejak malam tadi, dihalang dari menggunakan masjid untuk solat Asar.

Seorang pegawai Unit Keselamatan Penjara (UKP) berpangkat Koperal dengan tanda nama ‘Roslan’ memaklumkan, larangan itu dibuat terhadap mereka yang berkhemah.

Wartawan Keadilan Daily dan Harakah Daily yang berada di lokasi untuk membuat liputan turut dihalang bersolat Asar di masjid itu.

“Ini arahan orang atasan,” kata pegawai yang tidak menyatakan rasional arahan itu.

Diasak soalan, Roslan kemudia mendapatkan bantuan pegawai atasan yang hanya mahu dikenali dengan nama ‘Kamil’.

“Masjid ini untuk kegunaan keluarga staf penjara. Hanya kami yang ada kuasa untuk benarkan atau tidak sesiapa yang mahu sembahyang di sini,” katanya kepada Keadilan Daily.


“Lagi pun ‘bumi Allah’ sendiri adalah masjid. Dekat mana-mana pun boleh sembahyang bukan,” katanya, memberi alasan.

Sementara itu, bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mohd Afendi yang dikenali sebagai kartunis Ronasina memaklumkan, Masjid Penjara Kajang adalah lokasi terbuka yang dibenarkan untuk orang awam.

“Setiap minggu orang solat Jumaat. Pada malamnya, ada tazkirah yang dihadiri orang awam. Sepatutnya tak masalahnya?” kata Ronasina.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dalam reaksinya selepas dihalang, kesal dengan tindakan pegawai penjara yang sengaja mengambil langkah konfrontasi dengan peserta perkhemahan.

“Kalau satu orang makmun dan satu imam pun dikira sebagai berjemaah. Buat apa bina masjid besar-besar?” katanya.

 Semalam, Umar Mohamad, lulusan Diploma Keselamatan Industri yang kini menjalani latihan praktikal di Johor Bahru, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana dikatakan menghalang tugas penjawat awam ~ Keadilandaily


Gambar dari :

Bila agaknya buku 'NEGARAKU' yang dilancar Hishamuddin Rais ini akan disebu KDN?

$
0
0

Dulu.. oleh kerana satu laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku CARTOON -O-PHOBIA pejabat Zunar telah diserbu.

Pejabat tersebut yang terletak di Brickfields juga menempatkan Kafe Kartun telah diserbu oleh sepuluh anggota Polis daripada balai polis Brickfields bersama anggota KDN..

Berapa hari lagi agaknya Koleksi Kartun Satira Rakyat 'NEGARAKU' ini pula akan diserbu oleh pihak berkuasa yang ditunggangi UMNO?

Pelancaran buku Negaraku ini telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur &Selangor (KLSCAH) pada hari ini (Sabtu), 22 Disember jam 9.00 malam oleh aktivis rakyat Hishamuddin Rais.


BUKU KARTUN 'NEGARAKU' SARAT KRITIKAN TERHADAP PEMERINTAH

Industri kartun dan komik tanahair bergenre satira politik bertambah meriah apabila muncul sebuah lagi buku kartun bertajuk 'Negaraku' karya kartunis Ronasina.

Dengan bertemakan 'koleksi kartun satira rakyat', buku hasil karya bekas editor majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd (telah diharamkan) ini mampu mencuit hati dengan lukisan dan tulisan yang sinis, pedas dan berani.

Isu yang digarap adalah isu nasional seperti kemiskinan, rasuah, penyelewengan kuasa, tangkapan tanpa bicara, pembunuhan kejam terhadap mangsa tahanan serta kerenah lucu ahli politik tanahair khususnya dari pihak parti pemerintah.

"Sebagai kartunis, saya menyampaikan keluh-kesah suara rakyat terhadap kebejatan sosial serta kezaliman pemerintah melalui lakaran kartun. Seniman dan karyawan punya peranan masing-masing untuk menyedarkan rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang. Buku Negaraku ini adalah antara koleksi kartun dan tulisan humor saya untuk memberi peluang rakyat menilai seterusnya berfikir dengan waras akan kebenarannya." ujar Ronasina yang juga pernah melukis dan menulis di akhbar portal online Merdekareview.com.


Kulit muka hadapan dan belakang buku ini dihiasi dengan lukisan kartun perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbagai lapisan bangsa.

Setebal 96 muka surat, buku ini juga turut memuatkan cerpen sempena Bersih 2.0 dahulu bertajuk 'Hikayat Penyakit Kuning' dan 'Kak Ijat Kampung Lembah' yang menceritakan seorang wanita berasa sedih apabila penduduk kampung sering mentertawakan dirinya yang mempunyai hobi pelik bermain dengan lembu-lembu ternakannya.

Menurut kartunis Ronasina lagi, "Sedikit perbezaan berbanding buku kartun politik pengkarya lain, saya turut juga melukis drama empat muka surat bertajuk 'Suatu Hari di Lebuhraya' mengisahkan tiga lelaki upahan sedang menunggu ketibaan bas Jelajah Merdeka Rakyat untuk dibalingkan batu, cat merah dan kayu.

Walaupun ia sebuah cerita rekaan tetapi isu yang diselitkan amat kita ketahui dan tidak dapat disangkal kebenarannya. Selain itu, drama lima muka surat Bomoh Puaka juga adalah kisah sinis tentang pemimpin yang gemar berurusan dengan bomoh demi mengekalkan kuasa."

Artis Korea, Wuyoung yg menyanyikan sebuah lagu melayu

Kartunis Ronasina, 39 tahun yang juga aktif dengan persembahan pentas seperti membaca sajak dan mengacara majlis ini turut juga mencuit pembaca dengan lakaran yang diambil dari babak filem-filem P.Ramlee dan diubah mengikut senario politik semasa seperti adegan di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok di mana ketua penyamun berbasikal menuju gua yang penuh harta karun diikuti penyamun-penyamun yang lain.

Wajah ketua penyamun dan penyamun-penyamun itu diubah kepada wajah karikatur pemimpin negara sedang mengendong harta rompakan.

Selain itu ada juga lakaran trio Seniman Bujang Lapok berbasikal sambil menyanyi dengan wajah yang diubah kepada ahli politik tanahair, babak di dalam filem Pendekar Bujang Lapok dan lain-lain lagi.

Ada juga lukisan aktres Marilyn Monroe, potret Monalisa, patung Statue Of Liberty dan lain-lain yang berimejkan suasana politik Malaysia.

Pendek kata, buku koleksi kartun Negaraku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri yang sesuai dimiliki oleh rakyat Malaysia yang cintakan ilmu dan berfikiran positif.



Buku terbitan Anak Kunci Production yang berharga RM25.00 ini boleh dipesan melaluihttp://tokobuku.fotopages.com/


 

Alahai.. kesiannya.. Majlis Muhyiddin pun tak dapat sambutan rupanya.. tengok nih!

$
0
0

Gambar di atas adalah sekeping gambar yang telah dirakamkan ketika Najib sedang memberikan ucapan perasmian Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 pada 14 Julai lalu.

Dalam media tunggangan UMNO sibuk mencanangkan bahawa populariti Najib meningkat ketika itu, kita telah menyaksikan orang ramai berpusu keluar ketika Najib berucap di Stadium Bukit Jalil.

Video kejadian sila lihat di ( SINI )

Berikutan itu Ismail Sabri telah mengarahkan 5 Pengarah ditukar 24 jam.. (lihat di SINI )

Nampaknya bukan Najib saja yang menerima nasib begitu.. maksud aku majlis tidak mendapat sambutan, malah Timbalannya sendiri yang kini dikhabarkan sedang giat melebarkan sayapnya untuk menyingkirkan Najib dari tampuk kuasa juga menerima tempias itu.

Dalam satu Majlis yang dinamakan "Sepetang Bersama Rakyat di Dataran Sungai Rengit" baru-baru ini sambutan sebenar rakyat terhadap pemimpin UMNO itu terserlah akhirnya..

Meskipun majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Namun apa yang kelihatan hanyalah seperti gambar di bawah ini.. menurut sumber gambar dirakam ketika Muhyiddin tiba..


Apa dah jadi? di Johor tempat asal sendiri pun sambutannya begini?.. boleh ke Muhyiddin nak ganti Najib sebagai Perdana Menteri ni?

Pekan tempat asal Najib juga majlisnya tidak mendapat sambutan yang menyebabkan beliau bengang .. lihat di ( SINI )

Ummi Hafilda nak kawin dengan Hero Hindustan?

$
0
0

Buat pembaca blog ini yang tertanya-tanya kemana menghilang Ummi Hafilda kerana beliau kelihatan jarang berada di pentas UMNO kebelakangan ini.. ini jawapannya..

Dia dah nak kawin la.. kawin dengan orang Pakistan yang mukanya macam Hero Hindustan...

22 Dis. - Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami.

Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.

"Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.

"Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta," kata Ummi Hafilda kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Artikel penuh klik pada imej dan baca..


Tahniah lah ya... semoga berbahagia hingga ke Pakistan..

Memorandum diserah.. tapi mana Mazidul?.. dah lari ke? (Video Inside)

$
0
0

Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.

Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.

Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar.

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya.

Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.

Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

 "Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi ~ Malaysiakini
 
Zizan turut kelihatan



Utusan kantoi menipu dalam laporan “Balak: Pas Kedah tetap degil” pula.. dokumen sebagai bukti!!

$
0
0

Image di atas adalah apa yang telah Utusan @ Lidah Rasmi UMNO siarkan pada 22 Disember 2012 dan ianya terbukti sebagai satu lagi laporan berbentuk fitnah oleh Lidah Rasmi UMNO itu.

Setelah menyedari artikel berupa fitnah terhadap Kerajaan Negeri Kedah dengan tajuk “Balak: Pas Kedah tetap degil” telah kantoi, Utusan telah mengeluarkannya dari Utusan Online tanpa sebarang permohonan maaf.

Apa yang tercatat dimuka hadapan Lidah Rasmi UMNO itu ialah kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata:

"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Kenyataan tersebut tersiar dalam Utusan Malaysia 22 Disember 2012.

Lantaran dari itu pada pagi hari 23 Disember 2012, Ku Azmi datang bertemu YAB Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan pendirian sebenarnya.

Menurutnya beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan projek penebangan hutan di Kedah sebaliknya hanya menolak sekiranya pembangunan di tanah tersebut.

Katanya, pihaknya hanya tidak bersetuju sekiranya kawasan tersebut dibangunkan ladang atau projek-projek lain, bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sememang amat meragukan laporan oleh Utusan itu, bilamana seorang Pengarah Perhutanan dilaporkan menghadiri dan memberi pandangan dalam mesyuarat Exco.

Jadi apakah benar apa yang dikata oleh Pengarah Perhutanan Kedah itu ?

Jawapannya sila baca surat rasmi yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pengarah Perhutanan Kedah itu sendiri…








Dokumen sepenuhnya sila lihat di sini ( Kedah La )

Artikel yang juga disiarkan oleh Utusan Online dengan tajuk “Balak: Pas Kedah tetap degil” telah ditarik balik dari siarannya.. jika korang klik pada tajuk di atas.. apa yang terpapar ialah ini..


Hukuman penjara terhadap Umar ditangguhkan..

$
0
0

Umar Muhammad Aziz, seorang pelajar kolej swasta yang dijatuhi hukuman sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mendapat penangguhan hukuman oleh mahkamah pagi ini.

Peguam Umar, Syahredzan Johan memohon mahkamah supaya hukuman penjara sebulan dan denda RM1000 kerana didakwa menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ditangguh sementara keputusan rayuannya disebut semula.

Bagaimanapun Umar tidak hadir kerana masih ditahan di Penjara Kajang, Selangor sejak dijatuhkan hukuman pertengahan minggu lalu.

Umar dibenar diikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan kesnya didengar semula.

Syaratnya, dia tidak dibenarkan menyertai mana-mana perhimpunan atau demonstrasi tanpa permit dari pihak berkuasa.

Umar seorang pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang.

Umar didakwa pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada “menangkap dan mengiringi” aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin. Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Sementara itu, pelbagai pihak menyokong agar keluarga Umar menyaman Pendakwaraya yang menyebabkan proses rayuan tidak dapat dijalankan.

Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak media kes itu tidak sempat dibuat rayuan kerana ketiadaan pendakwaraya.

“Ini perkara yang memalukan kerana seseorang itu boleh dibebaskan atau ditangguhkan sementara hukuman itu sementara menunggu rayuan.

“Jadi jika pihak pendakwaraya tidak ada, itu menunjukkan mereka tidak serius untuk memastikan keadilan itu ditegakkan,” kata Shamsul.

Umar dibawa ke Penjara Kajang petang kelmarin bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Ujar Shamsul lagi, adalah tidak adil apabila seseorang itu dihukum penjara atau ditahan dalam keadaan di mana beliau mempunyai peluang untuk hukumannya ditanguhkan sementara menunggu rayuan.

“Sewajarnya Umar ini tidak perlu ditahan dan dipenjara sementara menunggu rayuan.

“Tindakan menghukum pelajar itu adalah zalim dan memberikan kesan buruk kepada proses demokrasi negara,” katanya.


TVSelangor melaporkan. 

Patutlah ADUN Sungai Rapat ni meroyan.. takut kena saman rupanya..

$
0
0

Semalam TV3 ada menyiarkan satu laporan tentang seorang Exco Barisan Nasional Perak telah mendakwa beliau diugut oleh Pemimpin DAP Perak berikutan pendedahan tentang isu tanah.

Berikutan itu Exco tersebut yang juga ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman Hamidah telah membuat laporan polis terhadap ADUN DAP Pantai Remis, Ngah Kor Meng.

Ugutan itu menurut Buletin Utama kononnya berkaitan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Gua Musang Kelantan.

Sebenarnya apa yang membuat ADUN Sungai Rapat meroyan atau gelabah hingga membuat laporan Polis ialah Nga Kor Meng, ADUN Pantai Remis nak saman dia pasal fitnah..

IPOH – Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman pada hari empat Sidang Dun ke-12, Khamis lalu.

Beliau ketika dihubungi mengakui, agak terkejut dengan laporan yang dibuat Hamidah mengatakan dirinya diugut sekali gus mengaitkannya dengan skandal pemilikan tanah di Kelantan.

Menurutnya, apa yang berlaku tiada langsung kaitan ugutan, malah pada hari kejadian, semua wakil rakyat (termasuk pembangkang) masih boleh dilihat bergembira dan ambil gambar bersama.

“Saya tidak ada keluarkan ungkapan sebegitu, di kantin ada ramai orang, jika saya katakan pun pasti ada yang melarang.

“Jika benar beliau (Hamidah) berasa terancam, takkanlah kami masih boleh bergurau dan mengambil gambar bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Kor Ming tidak menolak kemungkinan isu itu timbul kerana desakan pilihan raya umum (PRU) yang makin hampir.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Hamidah, semalam kata beliau, pihaknya tidak berdepan masalah sekiranya polis mahu menjalankan siasatan.

“Harap polis dapat siasat termasuk kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu,” katanya ~ Sinar

Video Buletin Utama TV3 tentang slot berita tersebut sila lihat di sini ( MiLo SuaM )

Sejak bila pulak nak saman itu boleh dianggap sebagai satu ugutan? .. awatlah bengap sangat pemimpin UMNO ni?

Inikah sebabnya Ummi Hafilda tak perlukan Azmin Ali sebagai Wali?

$
0
0

Ada blog-blog Pro Pakatan Rakyat mempersoalkan siapakah yang akan menjadi wali kepada Ummi Hafilda di majlis pernikahannya nanti sedangkan abangnya Azmin Ali tidak dijemput..

Kepada sahabat-sahabat yang mempersoalkan perkara ini.. perlu kita ketahui sebenarnya bagi pencacai-pencacai UMNO, mereka percaya untuk melangsungkan pernikahan pihak Perempuan tidak memerlukan Wali..

Yang perlukan Wali dalam perkara ini ialah pihak lelaki.. tak percaya baca kat ( SINI )

Selaras dengan kepercayaan pencacai UMNO itu, Ummi Hafilda yang juga merupakan pencacai UMNO ternama itu dipercayai mempercayai perkara yang sama ..

Oleh itu beliau tidak memerlukan Azmin Ali sebagai Wali kepadanya tetapi pihak lelaki yang memerlukan Wali..

Kah.. Kah.. Kah.. jangan ikut ajaran songsang kepercayaan pencacai UMNO itu.. bodoh macam tong sampah...

Berikut adalah laporan berkaitan.. yang menarik dalam laporan ini ialah kerana beliau sering mengganggu majlis atau program Pakatan Rakyat beliau khuatir kononnya majlis perkahwinannya akan diganggu oleh itu beliau merahsiakannya..

Takut diganggu atau takut diburu puak yang mendakwa ditip RM2,500 ni.. video mengenai dakwaan ini sila lihat di ( SINI )

PETALING JAYA: Ummi Hafilda Ali bersedia untuk berkahwin dengan pakar kulit Dr Zaman Khan dalam masa dua minggu dan abangnya, Azmin tidak dijemput.

"Saya faham bahawa dia adalah abang saya tetapi apakah gunanya menjemput Azmin Ali kerana dia tidak peduli untuk melawat ibu saya Che Tom (Che Tom Yahaya) selama lebih setahun.

"Baru-baru ini, kami mempunyai majlis perkahwinan sepupu lain tetapi dia tidak juga hadir untuk pertemuan keluarga itu. Saya faham jika dia tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya," katanya pada Ahad.

Azmin dan adiknya mempunyai konflik sejak bertahun-tahun, dengan Ummi sering mengkritik timbalan presiden PKR itu berikutan kecenderungan politik yang berbeza.

Dilaporkan bahawa ibu berusia 78 tahun, Che Tom mereka merayu untuk Azmin supaya "bertaubat dan pulang ke rumah", mengatakan dia tidak melihat anaknya itu sejak Hari Raya yang lepas apabila bertengkar dengan Ummi Hafilda.

Ahli perniagaan yang berusia 45 tahun itu berkata, walaupun terdapat jurang 12 tahun umur antara mereka, bakal suaminya adalah matang pada usianya.

"Saya membawanya bertemu dengan ibu saya dan dia melayan ibu dengan penuh hormat. Dia menjaga ibu seolah-olah Che Tom adalah ibunya sendiri. Satu ketika, dia menerima restu daripada ibu saya, saya tahu bahawa dia adalah lelaki yang tepat. Itu adalah bagaimana dia memenangi hati saya," katanya.

Ummi Hafilda berkata, persiapan perkahwinannya adalah mengikut jadual tetapi enggan mendedahkan lokasi majlis perkahwinan beliau atas sebab keselamatan.

"Kita tidak mahu sesetengah pihak yang tidak diingini menjejaskan hari istimewa saya," katanya, sambil menambah bahawa mereka merancang berbulan madu ke Eropah.

Ummi Hafilda menambah, mereka bertemu di Kuala Lumpur apabila ke klinik lelaki itu untuk rawatan kulit dan mengenali antara satu sama lain selama tiga bulan ~ mStar

Eh?? Kenal tiga bulan dah nak kawin??  Terdesaknya dia....

Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

Video Keganasan Pencacai UMNO terhadap Konvoi Oren tersebar!! Saksikanlah betapa ganasnya mereka!!

$
0
0

Berikut adalah rakaman kejadian beberapa orang Samseng UMNO menyerang konvoi Oren Negeri Sembilan baru-baru ini..

Meskipun mereka menyedari adanya anggota Polis ditempat kejadian namun kerana menyedari mereka dilindungi oleh mereka yang lebih berkuasa dari Pihak Polis, kehadiran anggota Polis di situ tidak memberi sebarang makna bagi mereka..

Sebelum itu.. baca laporan dari Free Malaysia Today ini dulu..

TAMPIN: Konvoi Oren “Selamatkan Felda” peringkat Negeri Sembilan semalam tercemar apabila dua peserta konvoi cedera dan cermin sebuah kereta pacuan empat roda milik peserta turut pecah.

Insiden berlaku berhampiran simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Tampin apabila kira-kira 100 orang penduduk tempatan yang membawa bendera BN menghalang peserta konvoi seramai 200 orang meneruskan perjalanan.

Menurut Pengarah Program Konvoi Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli; ketika peserta konvoi baru sahaja sampai di lokasi, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu dan batu meluru kepada sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di paling hadapan.

“Mereka memecahkan cermin kereta di hadapan dan kedua-dua cermin tingkap sebelah kiri kereta dengan kayu.

“Sebenarnya tindakan lelaki-lelaki yang membawa bendera BN dan Umno ini adalah satu tindakan yang salah.

“Menyedari bantahan daripada mereka, kami tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, sebaliknya hanya berunding untuk menggunakan jalan besar tersebut untuk ke Felda Jelai.

“Sebaliknya mereka mencederakan dua orang lelaki.

“Seorang cedera di kepala dan seorang lagi di kening. Saya juga kecewa dengan pihak polis yang hanya melihat insiden itu berlaku dan tidak menghalang lelaki-lelaki yang mencetuskan provokasi dari awal lagi,” kata Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol..

Noraza Muda cedera di kepala sementara Razali Rashad di kening. Kedua-dua mereka dipukul dengan kayu oleh dua lelaki yang tidak dikenali di jalan utama berhampiran simpang masuk Felda Bukit Rokan Utara.

Konvoi Oren NS dibatalkan

Berikutan kejadian itu Noraza, Razali dan kepimpinan PAS dan PKR yang menyertai konvoi itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Jempol di Bandar Seri Jempol.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengadakan sidang akhbar tergempar di hadapan IPD Jempol, berkata peserta konvoi berkereta itu hanya berhasrat memasuki kawasan Felda untuk seketika, memberikan sedikit ucapan ringkas dan mengedar risalah.

“Saya kecewa dengan pihak polis yang hanya memerhatikan sahaja kejadian peserta konvoi kami diserang.

“Saya mendapat maklumat, bahawa di lokasi seterusnya iaitu di Felda Jelai, mereka menunggu kami dengan besi, kayu dan batu.

“Mengambil kira keselamatan peserta dan saya tidak mahu lebih ramai tercedera, saya mengambil keputusan untuk membatalkan konvoi ini’” ujar Mazlan.

Halangan di Felda Kepis dan Felda Bukit Rokan Barat

Sebelum itu, konvoi Oren dihalang masuk di Felda Kepis oleh lebih 100 penduduk tempatan dan tidak dibenarkan masuk oleh hampir 80 penduduk Felda Bukit Rokan Barat.

Kepimpinan PAS dan PKR hanya memberi ucapan ringkas dari atas sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan utama dan beredar ke Felda Bukit Rokan Utara sebelum insiden buruk itu berlaku.

Jika tidak kerana insiden peserta Konvoi Oren diserang dan tercedera, sepatutnya peserta dengan 80 kenderaan meneruskan konvoi ke Felda Jelai, Felda Palong 4, 5 & 6, Felda Lui Selatan dan Felda Serting Hilir.

Ini merupakan insiden ketiga membabitkan kekecohan terhadap peserta Konvoi Oren. Sebelum ini kekecohan terhadap Konvoi Oren turut berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak pada 03 November lepas dan di Felda Jengka 11 pada Ahad lalu.

Dalam kedua-dua kejadian itu penduduk Felda terbabit bertindak menghalang peserta konvoi daripada memasuki kawasan Felda tersebut.

Penganjur nafi peserta berkeras masuk Felda

Sementara itu Kordinator Konvoi Oren Negeri Sembilan, Mohd Hassan Tamby menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang melaporkan kekecohan berlaku apabila penganjur dan peserta tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda.

Mohd Hassan juga menafikan bahawa kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motorsikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.

“Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa kami tetap berkeras untuk masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.

“Menyedari bantahan penduduk di situ yang saya kira sebagai ahli atau penyokong Umno dan BN (yang membawa bendera Umno dan BN) terhadap kehadiran konvoi kami, memang kami sepakat untuk tidak menimbulkan sebarang ketegangan dan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.

“Sebaliknya kami hanya mahu lalu Jalan Jelai – Dangi untuk ke Felda Jelai. Tetapi mereka menghalang kami dan mengadakan sekatan jalan di jalan utama Jelai – Dangi tersebut.

“Kami berunding dengan mereka untuk lalu jalan tersebut ke Felda Jelai tetapi belum sempat berunding kami diserang. Ketika mereka meluru pada kenderaan kami itulah, kenderaan pacuan empat roda yang berwarna kuning berundur untuk selamatkan diri dan dalam keadaan kelam kabut itu kenderaan itu terlanggar sebuah motorsikal secara tidak sengaja.

“Bukan kami sahaja tersekat malah pengguna awam jalan tersebut turut tersekat. Apakah tindakan mereka membuat sekatan di jalan utama merupakan satu tindakan sah di sisi undang-undang? Apa tindakan polis? Polis memerhati sahaja. Persoalannya siapa membuat provakasi?” soal Mohd Hassan.

Turut hadir dalam Konvoi Oren “Selamatkan Felda”peringkat Negeri Sembilan semalam ialah Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim; Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh; Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah dan Ahli Jawatankuasa Anak, R Tangam dan Naib Ketua Cabang PKR Jempol, T Kumar.

Benarkah Zizan Rajalawak turut sama bantah AES depan TV3?.. ini penjelasannya..

$
0
0

Zizan adalah antara individu yag turut kelihatan di hadapan Wisma Sri Pentas TV3 ketika sekumpulan kira-kira 300 penunggang motor sikal berkuasa tinggi berkumpul di situ bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Memorandum terhadap TV3 dan Mazidul diserahkan kerana kebiadapan Mazidul menggelar penunggang motorsikal berkuasa tinggi sebagai 'Pelesit Jalanan'.

Bagaimanapun menurut sahabat beliau, Zizan bukanlah salah seorang dari penunggang motorsikal berkuasa tinggi yang hendak menyerahkan memorandum itu.

Beliau berada disitu secara kebetulan dan ianya berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk mengacarakan program Melodi.

Ini penjelasan sahabat beliau itu..

Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi.

Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan.

Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.

Dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.

Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.

Zizan meminta supaya pihak kerajaan mahupun rakyat tidak memanipulasi gambar itu dan memintanya menyokong dan menganggap ini satu kejadian yang tidak diketahuinya dan kerana populariti beliau telah disalah guna.

Thanks
laniismaa

Video Makcik Felda Histeria halang Konvoi Oren tersebar!!

$
0
0

Mereka bagaikan "kerasukan" di depan pondok kawalan RELA di Felda Jengka 23 ketika menghalang Kembara Oren pada 22/12/2012 yang lalu.

Dipercayai didalangi pemimpin-pemimpin UMNO tempatan beserta beberapa orang luar yang dipercayai diupah. Penduduk setempat di kalangan ahli PAS dan Umno pula memilih menjadi pemerhati.

Golongan wanitanya menjerit, "Kami dah kaya!", seorang pemuda dirakamkan menjerit, "P*****k, baliklah!".

Lelaki tua berkopiah seakan dikuasai jin sistem akalnya.

Kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah bersorakan sekali-sekala apabila diasak oleh "penganjur" hadangan tersebut.

Bekas Pengarah JSJ menyesal masuk PAS?.. Pencacai UMNO Kantoi lagi!!

$
0
0

Printscreen di atas ialah printscreen antara blog atau portal Pencacai UMNO yang sibuk memainkan cerita kononnya Ketua Pengarah Bahagian Siasatan, JSJ Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyesal menyertai PAS.

Dengan berbekalkan sekeping gambar beliau sedang memegang senjata ketika masih berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Bahagian Siasatan, JSJ Polis Bukit Aman, serta ayat yang direka-reka, riuh rendah blog, facebook dan twitter pencacai UMNO menyebarkan cerita ini...

Kononnya Datuk Fauzi mendakwa beliau menyesal menyertai Parti Islam, PAS kerana dipaksa berbaiah untuk menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya meninggalkan parti itu.

Printscreen di bawah ialah printscreen sebuah lagi blog yang turut menyebarkan fitnah ini..


Bagaimanapun.. fitnah mereka itu hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja...

Ini kerana ianya telah dikantoikan oleh Sinar Harian On-line yang menyiarkan kenyataan Datuk Fauzi Shaariyang menafikan kenyataan yang tersiar dalam blog-blog Pencacai UMNO itu..

Apa yang dilaporkan oleh Sinar ialah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.

Sila baca di bawah..


SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.

“Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.

“Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini,” katanya, semalam.

Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas. Mesej itu berbunyi:

“Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan Pas.”

Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut berkata, kenyataan itu tidak benar.

“Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas,” katanya.~ Sinar Harian


Kah.. Kah.. Kah.. kesian kat depa.... cari isu lain pulak la..
Viewing all 7622 articles
Browse latest View live