Hari ini ada beberapa buah blog dan laman FaceBook yang menyokong Mosri .. (err.. bila dah menyokong Morsi tu sudah tentulah kebanyakkannya Blog Pro Pakatan Rakyat.) telah menyiarkan gambar di atas.
Gambar di atas ialah gambar yang telah dirakam dalam Parlimen German, ianya menunjukkan Ahli-ahli Parlimen German sedang berdiri..
Berdiri untuk apa entahlah.. tapi yang pasti mereka bukan berdiri dengan tujuan seperti yang ditulis oleh kebanyakkan Blog Pro Pakatan Rakyat hari ini..
Menurut Admin Blog-blog tersebut Ahli-ahli Parlimen itu telah berdiri sebagai menghormati para Syuhada yang telah menjadi korban keganasan Tentera Mesir.
Ini apa yang ditulisnya...
Allahuakbar!! Orang bukan Islampun tahu hormat orang yang telah mati, Tentera Mesir pulak boleh bakar mayat-mayat para syuhada!!Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang syahid sekaligus mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya.
Aku yakin.. gambar itu disiarkan tanpa mencari dulu apakah ianya benar atau hanya satu propaganda kumpulan yang terlalu taksub dengan Morsi.
Sebenarnya gambar di atas bukanlah satu gambar yang telah dirakamkan hari ini atau semalam atau dalam lain ayat ianya bukanlah rakaman terbaru dari Parlimen German..
Gambar di atas telah dirakamkan pada sekitar tahun 2009.. oleh siapa aku pun tak tahu..
Dan ianya terpapar jelas dalam dalam video clip dari German di bawah yang bertajuk 'Die heuchlerische Brut' dalam Bahasa Malaysianya membawa maksud 'Kebangkitan Hipokrit'..
Lihat betul-betul pada minit ke 1:30
Pesan aku buat semua.. Kalau taksub sekalipun.. janganlah over sangat..
Tengok kat bawah ni.. sumber asal gambar di atas tu..
Kalau tak puas hati jugak.. sila klik di ( SINI )