Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Nazar jalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya ditaja RM650,000 oleh Kerajaan Terengganu?

$
0
0

Tentu ramai yang masih ingat akan kelibat seorang penyokong tegar UMNO/BN yang telah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO/BN berjaya mengekalkan kerusinya di Kuala Besut dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Mohd Noor Mat, 47 yang merupakan seorang Pekerja Rendah Am Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut akan menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki sejauh lebih 680 kilometer itu.

Beliau dikatakan akan cuba mengambil masa selama 12 hari bagi menamatkan perjalanan melalui Kuala Besut ke Kuantan dan Kuala Lumpur sebelum ke Putrajaya.

Nazar atau niat untuk berjalan kaki ke Putrajaya dilafaz pada hari penamaan calon 12 Julai lepas di depan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh.

Semalam lidah rasmi UMNO telah melaporkan nazarnya penyokong tegar UMNO untuk berjalan kaki itu akan dilaksanakan pada 22 September ini..

Program cabaran berjalan kaki Walk 4 Malaysia sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya pada 22 September ini mencerminkan semangat juang rakyat negara ini dalam mempromosikan keamanan dan kedamaian.  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran yang melibatkan peserta, Mohd. Noor Mat itu membuktikan kepada semua bahawa tiada alasan yang dapat menghalang beliau daripada merealisasikan impian yang dibuat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai lalu.  
Beliau berkata, program tersebut diharap dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana aktiviti berjalan kaki seharusnya menjadi rutin harian masyarakat kerana dapat meningkatkan tahap kecergasan.  
"Kita berasa kagum dengan hasrat dan dedikasi yang mahu membuktikan kepada semua bahawa tiada halangan mahu pun cabaran, namun yang wujud hanyalah peluang," katanya ketika melancarkan Walk 4 Malaysia di sini hari ini.  
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Selain itu Utusan juga melaporkan..

"Jiwa kental dan hati waja yang mahu diterjemahkan Mohd. Noor dalam Walk 4 Malaysia ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan jitu pihak berkenaan,'' katanya.  
Walk 4 Malaysia merupakan cetusan idea Mohd. Noor, 47, yang mahu menunaikan nazarnya susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Kuala Besut.  
Selain Mohd. Noor, program 13 hari yang bermula 22 September ini di Dataran Kuala Besut akan disertai oleh 40 peserta lain yang mewakili Majlis Sukan Negeri Terengganu dan sepanjang perjalanan, mereka akan singgah di 13 destinasi sebelum tiba di Putrajaya.  
Pada majlis itu, Khairy menyerahkan Jalur Gemilang kepada Mohd. Noor, bagi pihak Perdana Menteri.

Apa yang lidah rasmi UMNO ini tidak laporkan ialah selain dari penyerahanan Jalur Gemilang sebagai simbol  program itu sekeping cek bernilai RM650,000 juga telah diserahkan kepada Mohd Noor...


Nak tunaikan nazarpun ditaja RM650,000?.. duit siapa tu? siapakah yang begitu bermurah hati untuk menaja itu?.. takkan taja saja kot..

Ni penaja-penajanya..

Sumber dari SINI

Senarai penajanya Terengganu Inc. – Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu yang anak-anak syarikat juga menjadi penaja iaitu EPIC, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Golden Pharos (Pengerusi – Speaker DUN Terengganu, Zubir Embong) dan TDM..

Semuanya anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu.. Untuk melihat struktur Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. boleh klik di SINI 

Betullah Najib kata " ini mencerminkan semangat juang rakyat negara ini...".. Semangat juang untuk menghabiskan RM650,000 yang tak nampak memberikan faedah langsung kepada rakyat..

Yang kenyang ialah Mohd Noor dan 40 penyamun.. opps silap.. 40 orang yang akan bersamanya itu...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622