Ramai yang tertanya-tanya mengapa PAS tidak melantik semula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang sedia ada iaitu Datuk Mohd Salleh Man tetapi menangguhkannnya hingga 17 Disember nanti.
Aku kurang pasti sebenarnya yang sedang berlaku, tapi khabar angin mengatakan PAS Pulau Pinang bakal memperolehi seorang Pesuruhjaya yang baru..
Dan pesuruhjaya tersebut dikatakan ada kaitan dengan sidang media yang mencetuskan kontroversi di atas dimana akibat dari sidang media yang dianggap oleh banyak pihak sebagai 'kurang cerdik' itu..
Pesuruhjaya PAS yang sedia ada menjadi sasaran kecaman dari pelbagai pihak yang menyokong PR.. banyak cerita sebenarnya tentang sidang media itu.
Bagaimanapun bersamalah kita nantikan bagaimana hasilnya usaha gigih individu yang dikatakan sedang giat melobi untuk mendapatkan jawatan Pesuruhjaya PAS itu.
Kalau berjaya.. TAHNIAH diucapkan dan tak lupa juga takziah diucapkan kepada yang bakal dipijak oleh individu yang hendak menguasai jawatan itu.
Berikut adalah Kenyataan Media dari TG Haji Hadi memaklumkan Pelantikan Jawatan Dalam Kepimpinan PAS Pusat Untuk Sesi 2013-2015..
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut :
1.Setiausaha Agung PAS - Dato’ Hj Mustafa Ali.
2.Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob.
3.Ketua Penerangan - YB Dato’ Mahfuz Omar.
4.Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli.
Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah.
1.Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob.
2.Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat.
3.Pahang – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
4.Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan.
5.Melaka – Sdr Adly Zahari.
6.Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani.
7.Selangor - YB Iskandar Abdul Samad.
8.Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria.
9.Kedah - YB Dato’ Mahfuz Omar.
10.Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli.
11.W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad.
12.Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling.
13.Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid.
Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri dari :.
1.YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah.
2.Dato’ Abu Bakar Chik.
3.Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos.
4.Tn. Hj. Mohd Hussin.
5.Tn. Haji Asmuni Awi.
6.Zulkiflee Mohd Omar.
7.Dr Muhaimin Sulam.
Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan ke jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti..
Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas..
Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
PRESIDEN PAS