Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

PKR Berdepan Risiko Dibatalkan Pendaftaran Jika Anwar Jadi Presiden..

$
0
0

Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan risiko dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden, kata peguam, Edmund Bon.

Menurut Bon, mana-mana individu tidak boleh bertanding untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti jika individu tersebut disabitkan atas suatu kesalahan.

"Anwar tidak perlu bertanding. Oleh itu, apabila mereka menghantar namanya sebagai presiden parti kepada ROS, ia mungkin membawa kepada pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti," kata Bon.

Beliau menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai 'menyalahi undang-undang' dibawah Akta Pertubuhan 1966.

Pendapat yang sama dikongsikan seorang lagi peguam, New Sin Yew, yang menjelaskan Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan tidak membenarkan seseorang yang disabitkan kesalahan untuk bertanding atau memegang jawatan dalam pertubuhan.

"Menurut Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi atau memegang jawatan dalam pertubuhan yang didaftarkan jika disabitkan atas sebarang kesalahan dibawah undang-undang lain dan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak kurang dari setahun," kata New.

PKR risks being de-registered by the Registrar of Societies (ROS) if party supremo Datuk Seri Anwar Ibrahim continues to contest for the party presidency, said constitutional lawyer Edmund Bon on Monday.

According to Bon, a person could not contest to be an office bearer in a society if the person is convicted of an offence.

"Anwar shouldn't contest. So when they (PKR) submit his name as party president to the ROS, it may lead to a dispute that may cause the deregistration of the party," said Bon, adding that such a move by Anwar was "illegal" under the Societies Act 1966.

Similar views were shared by another constitutional lawyer, New Sin Yew, who pointed out that Section 9A(1)(b) of the Societies Act made it illegal for someone with a conviction to contest or hold office in a society.

"Section 9A(1)(b) of the Societies Act says a person shall be disqualified from being, and shall not become or remain an office-bearer of a registered society if he has been convicted of any offence under any other law and sentenced to a fine of RM2,000 or imprisonment of not less than one year," said New.

He added that the provision in Section 9(A)(1)(b) was exactly the same as the disqualification clause for a Member of Parliament under Article 48 of the Federal Constitution - with one key difference.

"Under Article 48, you're only disqualified if your sentence still remains after you've disposed of all your appeals. Until then, your status as a Member of Parliament is still intact," said New.

He pointed out that such a clause was not present in the Societies Act.

"The Societies Act allows for the Registrar to grant exempt someone from disqualification but this is not automatic, and as of right. By contesting, there is a risk that the Registrar may cancel the registration of PKR under Section 13(1)(iv) of the Societies Act for willfully contravening the provision of the Societies Act," said New.

He said that Anwar might also face a fine and a jail sentence if he continued to run for the PKR top office.

"To prevent this, he should withdraw now. Also, he further risks himself to be prosecuted of an offence under Section 9A(6) which if convicted, can be sentenced to imprisonment not exceeding three years, or a fine not exceeding 10,000 or both," said New ~ The Star

Bagaimanapun, peguam PKR, Radzlan Jalaludin berkata Anwar masih boleh bertanding berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9(4) Akta Pertubuhan.

Di bawah Seksyen 9(4), Akta Pertubuhan memberikan pengecualian kepada seseorang yang hilang kelayakan dengan syarat mereka mengemukakan permohonan kepada pendaftar.

KENYATAAN MEDIA

31 MAC 2014

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BENARKAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENJAWAT JAWATAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014. Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.

Spekulasi bahawa Dato' Seri Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat.
Biarpun telah disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato' Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification).

Malah tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Dato' Seri Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Justeru, ucapan syabas dan tahniah buat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bakal dinobatkan sebagai Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014 ini.

Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia.

RADZLAN JALALUDIN
Calon Naib Ketua
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Merangkap peguam kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Soal perundangan tu aku tak mahu nak komen pasal aku bukan Lawyer aku cuma Engineer..

Cuma aku nak bertanya kepada Lawyer dan juga calon Naib Ketua AMK itu.. jika perbicaraan rayuan kes tuduhan liwat itu jelas dipercepatkan perbicaraannya hanya untuk menghalang Anwar dari bertanding sebagai calon di Kajang..

Seterusnya menghalang Anwar dari mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari TS Khalid selaras dengan matlamat utama 'Kajang Move' itu..

Apakah perlu ada alasan dan sebab munasabah untuk ROS menolak atau menghalang Dato' Seri Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden?

Kuasa ditangan mereka bukan ditangan kita Bro...Untuk menghalang kelancaran 'Kajang Move' mereka dah tunjukkan kepada kita kemampuan mereka..

Jadi jangan fikir mereka akan membiarkan peluang keemasan untuk menghalang Anwar seterusnya menguburkan PKR berlalu begitu saja...

Oleh itui lebih baik beringat sebelum kena..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622