Mula-mula kita baca dulu apa yang telah dilaporkan oleh sebuah portal berita Pro UMNO mengenai isu tapak 'Car Wash' di Seberang Jaya ini..
UtaraNews melaporkan..
Sikap menganaktirikan para peniaga bukan cina bukanlah perkara baru dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Jika sebelum ini peniaga-peniaga Melayu diusir dan gerai-gerai mereka dirobohkan , kini giliran usahawan India pula menerima nasib yang sama di Seberang Jaya.
Vigeneswaran A/L Arjunan , pemilik PP Car Wash di Jalan Tenggiri telah dihalau oleh ADUN Seberang Jaya kerana didakwa menjalankan perniagaan secara haram.
Dalam laporan sebelum ini , pemilik PP Car Wash diberitakan sudah pun memanjangkan permasalahan ini kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh termasuklah kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang namun semuanya gagal.
Lebih memeranjatkan adalah sikap Ahli Parlimen Permatang Pauh yang tidak melakukan sebarang tindakan bagi membela nasib pemilik Car Wash terbabit.
Dalam masa yang sama sepucuk surat yang dihantar oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang , YB P.Ramasamy yang membenarkan pemilik PP Car Wash untuk terus menjalankan perniagaannya juga tidak bernilai.
Semalam sekali lagi demontrasi secara aman dilakukan oleh pemilik PP Car Wash bersama 25 orang yang lain membantah tindakan pengusiran oleh ADUN Seberang Jaya kerana didakwa sebagai haram.
Demontrasi yang di ketuai oleh Vigeneswaran A/L Arjunan , pemilik PP Car Wash itu turut mendapat perhatian daripada Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Cikgu Zaidi serta kepimpinan daripada MIC dan BN Permatang Pauh yang prihatin terhadap kesusahan rakyat.
Kemudian kita baca pula apa yang Blogger Pro UMNO The Unspinner laporkan di ( SINI ).. aku copy sebahagian saja..
Sepanjang demontrasi kandungan kain rentang yang dipaparkan adalah seperti berikut:-
(a) Kami hanya mencari makan secara jujur..bukan meraikan keuntungan secara beribu-ribu dan kami tak pernah menggangu ketenteraman penduduk-penduduk seperti mana yang dituduh oleh YB Afif......
(b) Mana Ahli Parlimen Permatang Pauh? Mana ADUN Seberang Jaya? Mana macai macai PR??
(c) Kami dipaksakeluar dan diugut oleh YB JKKK PR. Kerajaan yang harus membela hak kami tapi menjadikan kami menderita inikah disebutkan harapan rakyat??
(d) Harapan dibawa kerajaan Pakatan Rkyat Pulau Pinang menindas hak orang kurang kemampuan
(e) Kerajaaan Pakatan Rakyat tiada perikemanusiaan sebab apa???
(f) YB Afif dari Parti Keadilan tidak membela rakyat oku.. YB..takut kepada JKKK dan menindas rakyat
(g) Kami rakyat Pulau Pinang terus ditindas dibawa kerajaan Pakatan Rakyat
(h) Kerajaan Pakatan Rakyat tidak perikemanusiaan sebab apa???
(i) Mengapa pengusaha cuci kereta ditindas kerana permainan politik JKKK dan ADUN Seberang Jaya
(j) 8 tahun kami mengusahakan cuci kereta di sini. Mengapa semua tak kena YB Afif????? Sebab saya Indiakah???
(k) Yb Afif Berkata....!!!dewan tidak boleh dijadikan premis perniagaan yb tolong......?jawab soalan kami......????
Benarkah apa yang dilaporkan oleh mereka?.. Benarkah pemilik Car Wash itu diusir begitu saja tanpa diberikan sebarang pilihan untuk meneruskan perniagaannya?
Benarkan ADUN Seberang Jaya, YB Dr. Afif Bahardin tidak membela mereka?..
Nah! kenyataan media ini menjawab kebanyakkan persoalan yang dibangkitkan mereka..
Dewan orang ramai Desa Cemara dan Dewan Orang ramai Semilang Pantai kedua duanya adalah dewan untuk aktiviti komuniti setempat.
Hampir 10 tahun kedua dua dewan ini digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan iaitu 'Car Wash' dan sebuah lagi disewakan kepada warga thailand sebagai premis Tomyam.
10 tahun tersebut pengurusan dewan berada di bawah kuasa Persatuan-persatuan Pro UMNO.
Pada tahun 2012 dan 2013 apabila penjagaan dewan ini beralih tangan maka fungsi dewan ini dikembalikan kepada matlamat asal ianya dibangunkan, aktiviti aktiviti Masyarakat setempat dan Penjaja-penjaja Kecil di himpun satu tempat laluan Jalan utama Semilang Masjid.
Pemilik Car wash tersebut, iaitu Pak Habib yang juga merupaka AJK UMNO Cawangan Semilang telah bersetuju menerima tapak baru dengan sokongan Yb.Afif bahardin di hadapan Tesco tanah kerajaan untuk meneruskan perniagaan beliau.
Kelmarin Ahad, demontrasi kecil yang diketuai Cikgu Zaidi, Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh bersama dengan pemilik premis Car Wash Sdr Vigeneswaran di perkarangan Dewan orang ramai Sri Tenggiri telah diadakan.
Persoalannya mengapa mereka mengadakan demonstrasi sedangkan sebelum mereka juga yang menolak usaha penempatan semula perniagaan mereka di dua lokasi yang dicadangkan?
YB ADUN Seberang Jaya,Dr.Afif Bahardin telah menyokong tawaran yang di berikan oleh Pejabat Daerah di dua lokasi iaitu di belakang Petron berhampiran Market Seberang Jaya dan Tanah PDC.
Namun pemilik Car wash telah menolak dan ingin kekal sehingga mencetuskan pergaduhan kecil yang berbaur perkauman.
Laksana orang mengantuk disorongkan bantal kerana ketandusan isu untuk dibawa UMNO/BN Permatang Pauh cuba menjadi juara rakyat dengan turut mempertahankan Premis perniagaan ini.
Mereka mempertahankan sesuatu yang sewajarnya tidak dipertahankan kerana Dewan Orang Ramai dibangunkan untuk kepentingan orang ramai bukannya untuk kepentingan mana-mana entiti perniagaan.
Dasar Pakatan Rakyat jelas tidak membenarkan Dewan komuniti menjadi Premis Perniagaan serta Penguatkuasaan tidak mengikut kaum dan faham kepartian, yang penting Pihak kerajaan,Yb. Adun dan Pemilik akan berbincang dan menawarkan lokasi yang sesuai dan strategik demi kelangsungan pencarian rezeki individu terbabit.
Bagi pihak Keadilan Cabang Permatang Pauh akan sentiasa membantu, membela yang benar dan menyokong tindakan yang adil demi suara majoriti masyarakat setempat.
Dewan Orang Ramai Hak Komuniti Setempat bukan milik mana-mana entiti perniagaan...
* Kenyataan Media oleh Ketua Cabang Permatang Pauh, Saudara Amir Haji Ghazali*
Jawapan yang diterima dari ADUN Seberang Jaya juga hampir sama dengan kenyataan Saudara Amir Haji Ghazali itu..
Kenapa Anwar Ibrahim tidak turun menjenguk mereka?..
Isu ini melibatkan DUN setempat.. jadi Anwar telah mengarahkan supaya ADUN setempat bertindak atas kebijaksanaannya...
Pesanan aku buat UMNO Permatang Pauh.. Hangpa cari isu lainlah...