Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Makan Nasi Kandar Boleh Positif Dadah!

$
0
0

Sudah lama ramai yang mempertikaikan mengapa nasi kandar kadangkala boleh membuatkan kita bagai ketagih untuk menikmatinya selalu.

Antara yang dikaitkan dengan hal ini adalah penggunaan kas kas yang juga sejenis biji popi (tumbuhan untuk menghasilkan dadah) dalam masakannya.

Ternyata, fakta ini ada kebenarannya apabila Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah dalam nasi kandar sememangnya boleh menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti baru lepas mengambil dadah.

Malah ujian dilakukan bukan terhadap seorang tetapi lima anggota AADK dan kesemuanya mencatat bacaan positif dadah selepas memakan nasi kandar. 

Justeru, Alias menasihatkan orang ramai agar hati-hati kerana dibimbangi terdapat sekatan jalan raya sejurus selepas menikmati makanan tersebut seterusnya membuatkan mereka ‘kantoi’ ketika menjalani ujian air kencing.

Bagaimanapun dengan tersebarnya kenyataan ini, diharapkan jangan pula ada penagih dadah yang memberi alasan kononnya baru lepas makan nasi kandar bila positif ujian dadah ye? ~ MyNewsHub

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622