Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Majlis angkat sumpah MB Selangor jumaat ini?

$
0
0

Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangkis khabar angin bahawa seorang menteri besar baru akan mengangkat sumpah pada hari Jumaat ini bagi menggantikan kedudukannya.

Beliau berkata Istana Selangor pada tradisinya akan memberi masa yang mencukupi untuk mengatur upacara tersebut.

Ia melibatkan jemputan bagi individu terlibat dan majlis tersebut juga tidak akan dibuat secara rahsia, katanya. 

"Saya tiada komen. Semua ini kalau dilakukan ia akan ikut beberapa proses tertentu.

"Kepada kebiasaannya tradisi Selangor ada jemputan bertulis dari istana untuk jemput orang-orang hadir dan ia beri ruang masa serta tak perlu ada spekulasi," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Beliau mengulas khabar angin bahawa seorang ADUN Selangor telah dipanggil untuk mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Jumaat ini.

Buat masa ini, pihak Istana masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut lapor Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622