Sepanjang zaman saya, saya hanya serah satu nama saja. Saya tidak pernah bermasalah dengan mana-mana Sultan, tegas Mahathir lagi.
Kenyataan Mahathir ini terang-terang merupakan pukulan kepada UMNO yang berlumba-lumba menyerang Anwar sebelum ini dengan menuduhnya biadap kerana tetap berkeras dengan mencalonkan satu nama meskipun pihak istana meminta lebih daripara dua nama.
Dalam isu ini, Najib juga turut menyerang Anwar dan PKR dengan tuduhan tidak memahami yang tersurat dan tersirat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Tetapi dalam Mahathir mula melihat Najib sebagai Perdana Menteri yang banyak melakukan kesilapan, beliau sebaliknya secara tersirat mengakui bahawa tindakan Anwar dalam kemelut di Selangor ini adalah betul dan menjadi amalan selama ini....
Dalam keadaan yang jarang berlaku, Tun Mahathir Mohamad dilihat bersetuju dengan pendapat musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu mendedahkan sepanjang perkhidmatan beliau selama 22 tahun, beliau hanya menghantar satu nama sahaja sebagai calon menteri besar kepada istana.
“Sepanjang zaman saya, sentiasa serah satu nama sahaja. Saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana sultan," kata beliau ketika ditanya pernahkan mana-mana istana meminta lebih dari satu nama sebagai calon menteri besar.
Bagaimanapun, Mahathir tetap tidak melepaskan peluang "mengenakan" Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar.
Beliau berkata keadaan itu berlaku mungkin kerana mereka telah "menjengkelkan" sultan Selangor.
"Anda tak boleh buat orang jengkel (kepada kita) dan mahukan mereka bekerjasama dengan anda. Mereka bukan sahaja menjengkelkan sultan tetapi ramai orang dengan perselisihan mereka," tambah beliau.
PKR dan DAP menimbulkan kemurkaan Istana Selangor dengan hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar walaupun sultan menitahkan untuk menghantar lebih dari dua.
Istana kemudiannya memberi teguran dan mendakwa PKR dan DAP sebagai "biadap" dan "derhaka." Kedua PKR dan DAP telah memohon ampun lapor Malaysiakini