Pengarah Operasi Induk PAS PRK Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan faktor penurunan peratus mengundi dan gula-gula politik BN sebagai antara faktor kekalahan PAS di Pengkalan Kubor..
Dimana peratus keluar mengundi pada PRK Pengkalan Kubor itu ialah 72.8% berbanding 78.9% pada PRU13.
"Sebagaimana yang kita jangkakan, ia (penurunan peratusan) akan meninggalkan kesan kepada PRK ini dan kami menerima (kekalahan) dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita semalam.
Tetapi jika kita melihat jumlah peratusan pengundi yang keluar mengundi di Pengkalan Kubor pada PRU13 dan PRK jumlahnya tetap tidak boleh dijadikan alasan menangnya BN di sini.
Pada PRU13 yang lalu kira-kira 79% dari 24,039 pengundi yang berdaftar telah keluar mengundi iaitu jumlahnya ialah 18,990 orang pengundi.
Manakala pada PRK ini pula hanya 73% yang keluar mengundi, jumlahnya ialah 17,555 orang..
Perbezaan jumlah pengundi itu ialah 1435 orang... tetapi BN telah memperolehi majoriti jauh lebih besar biarpun peratus keluar mengundi merosot..
Jumlah majoritinya ialah 2635..
Jadi... aku tak setuju dengan alasan Tuan Ibrahim ini...
Pasal gula-gula pilihanraya pulak.. tak perlu kita menuding jari kepada BN sahaja.. kerana kedua-dua pihak dikatakan menyediakannya.. cuma nilainya berbeza..
Laporan berkaitan..
PAS mengakui menjangkakan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ekoran penurunan peratus keluar mengundi hari ini berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengarah Operasi Induk PAS PRK Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peratus mengundi pada PRK itu ialah 72.8% berbanding 78.9% pada PRU13.
"Sebagaimana yang kita jangkakan, ia (penurunan peratusan) akan meninggalkan kesan kepada PRK ini dan kami menerima (kekalahan) dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata faktor hari pengundian pada hari bekerja menyebabkan pengundi berdaftar DUN itu yang berada di luar kawasan tidak balik mengundi dan ia menyumbang kepada penurunan peratusan mengundi.
"Kami juga ucapkan tahniah kepada calon BN (Barisan Nasional) dan pikul amanah yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hilang wang pertaruhan pada PRK itu apabila hanya meraih 38 undi, berkata beliau tidak kecewa dengan kekalahan keduanya.
Beliau berkata rakyat Pengkalan Kubor sebenarnya terpengaruh dengan janji-janji pilihan raya.
"Saya tidak kecewa pun kalah buat kali kedua ini, tetapi saya khuatir nasib penduduk di Pengkalan Kubor yang lalai akan janji-janji yang ditaburkan itu," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.
BN menang dengan majoriti 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi.
Pada PRU lalu, Izat Bukhary memperoleh 65 undi dan ketika ditanya undi yang terus merosot pada PRK ini, beliau berkata pengundi sudahpun membuat pilihan.
"Saya tidak mahu ulas sangat perkara ini, biarlah. Pada masa yang sama juga, saya redha dengan keputusan itu," katanya. – Bernama