Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menafikan wujudnya papan iklan pesta arak Oktoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg yang diluluskan Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA).
Sebaliknya, Khalid mendakwa, perkara berhubung papan iklan tersebut merupakan kerja yang dilakukan oleh tentera siber Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) atau Umno yang sengaja membesarkan isu pesta arak itu.
"Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard (papan iklan) sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA.
“Saya yakin ia kerja cybertrooper ISMA atau Umno (sudah semakin sama) yang sengaja ingin membesar-besarkan isu ini," tulis Khalid yang juga AJK PAS Pusat dalam blognya.
Selain itu, menurut Khalid sebelum ini tiada pihak yang tahu tentang kewujudan pesta arak itu memandangkan ia tidak diiklankan akhbar atau kawasan yang didiami orang Islam.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, isu itu kini menjadi popular selepas ISMA "mengiklankan" pesta yang mula diadakan pada 24 September lalu.
"Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekiranya ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?" soalnya lapor Malaysiakini
IKLAN BILLBOARD PALSU
Ada juga yang timbulkan, ya benar kata YB! Tetapi billboard yang ada di Shah Alam ni bagaimana?
Saya jawab, “ada ke billboard tu? Di mana?”
Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA. Saya yakin ianya kerja cyber-trooper ISMA atau UMNO (sudah semakin sama) yang sengaja ingin membesar-besarkan isu ini. Hakikatnya sebelum ini tidak tahu mengenai program Oktoberfes. Dikatakan ianya telah diadakan di Subang pada 20 September. Ada yang tahu? Atau adakah yang hadir?
Kita tidak tahu kerana ianya tidak diiklankan di akhbar atau kawasan orang Islam. Ianya mungkin diiklankan di akhbar Cina, mungkin juga di akhbar Inggeris dan di tempat-tempat tertentu melalui media tertentu. Di papan tanda Masjid sudah pasti tiada. Utusan dan Berita Harian saya tidak tahulah sebab saya tidak baca, tapi rasanya tiada juga. Begitu juga di Sinar Harian. Maka, ummat Islam tidak tahu.
Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekira ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD