Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Menjelang pidato Anwar, Pentadbiran UM buat lawak bodoh..

$
0
0

Semakin dekat dengan masa Anwar Ibrahim dijadualkan berpidato di UM, nampak semakin gelabah pulak pihak pengurusan UM ini..

Semalam pihak Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) telah mengemukakan satu kenyataan bersama salinan surat pekeliling yang dikatakan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Dakwa mereka Naib Cancelor HEP UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof dalam surat itu berkata, polis akan mengambil alih kawalan keselamatan kampus.

Katanya, polis akan mengawal keselamatan UM bermula jam 7 pagi esok ekoran program yang melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Pentadbiran UM menafikan polis mengawal ketat UM bagi menghalang penganjuran program itu esok.

Pagi tadi pula.. kawalan keselamatan di kampus Universiti Malaya dipertingkatkan menjelang ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus itu malam ini.

Dalam kenyataannya, Pengarah Pejabat Keselamatan UM Yusof Harun berkata hanya kenderaan yang mempunyai pelekat universiti dibenar memasuki kampus perdana itu.

Menurutnya lagi, langkah tersebut dilakukan atas arahan pengurusan universiti.

Petangnya pula.. dalam satu kiriman emel daripada pihak pentadbiran universiti, UM mengatakan semua kakitangan dibenarkan pulang pada pukul 4.00 petang.

"Adalah dimaklumkan keadaan cuaca buruk dan tidak menentu kebelakangan ini mengakibatkan beberapa insiden gangguan elektrik dan kerosakan pada pencawang elektrik universiti," kata pihak pentadbiran UM melalui emel kepada kakitangan yang tersebar di laman sosial Facebook. 
"Keadaan ini merbahaya dan pihak universiti sedang menjalankan kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan pencawang elektrik di beberapa lokasi utama di universiti. 
"Sehubungan itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, pihak Pengurusan Universiti bersetuju supaya operasi pejabat di kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur ditutup awal pada 27 Oktober 2014 (Isnin), mulai jam 4.00 petang hari ini," kata kenyataan tersebut lapor The Malaysian Insider di SINI

Nampak sangat gelabahnya.. bila dah semakin menggelabah keliarlah alasan-alasan bodoh..

Tiba-tiba saja nak lakukan penyelengaraan dan baik pulih.. sebab biasanya penyelengaraan dan baikpulih ni tak akan dibuat tiba-tiba, akan dijadualkan terlebih dahulu.. kenapa tak katakan saja malam ni akan berlaku ribut petir dan taufan dalam kampus UM itu?

Kenapa gelabah sangat ni?.. Adakah jika Anwar dibenarkan berpidato dalam Kampus UM, pidatonya akan meruntuhkan bangunan-bangunan yang ada?

Untuk apa dihalang Mahasiswa dari mendengar pidato Anwar itu?.. Mahasiswa yang ada bukanlah dari kalangan yang bodoh-bodoh belaka..

Mereka terdiri dari insan-insan yang boleh dikatakan bijak, oleh itu sebagai golongan yang terpelajar mereka sudah tentu dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk..

Mana mungkin dengan hanya sekali mendengar pidato yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim mereka akan terus terpengaruh.

Apakah pihak pengurusan UM menganggap penuntut-penuntut UM sebodoh macai yang ada? .. mudah diperbodohkan begitu saja..

Tidakkah Pentadbiran UM sedar tindakan cuba menghalang pidato ini bertentangan dengan kehendak minda terbuka seperti yang dititahkan oleh Canselornya sendiri?

"Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang juga Canselor UM telah menitahkan mengenai kepentingan minda terbuka yang akan menyuburkan perasaan sabar dan toleransi untuk bersedia mendengar hujah yang berbeza betapa sekali tidak dipersetujui.

"Minda terbuka ini akan memberikan ruang untuk membolehkan lahir dan tumbuhnya idea baru, menyemarakkan budaya inovasi dan menyuburkan minda kreatif.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622