Tak pasal-pasal kena "Clearly stupidity has no boundaries" dengan Khairy NGO pro UMNO ni.. tapi apa nak dihairankan.. berapa kerat sangatlah macai yang cerdik..
Semalam sebuah NGO yang menamakan kumpulan mereka sebagai Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah mengaitkan Metlife dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
NGO Melayu itu membangkitkan tindakan buletin syarikat memuatkan laporan berkaitan Metlife yang menerima anugerah “Tempat Kerja Terbaik untuk LGBT 2013” melalui Kempen Hak Asasi Manusia 2013.
“Pada awalnya pihak kami amat terkejut tetapi mula mempercayainya berdasarkan dokumen serta risalah yang ada pada pihak kami,” kata Presiden JMM Azwanddin Hamzah.
Oleh itu mereka menggesa umat Islam mengkaji semula urusan mereka dengan AmBank Malaysia Holdings Bhd, berikutan kerjasama bank itu dengan syarikat insurans Amerika, Metlife International Holding.
JMM justeru mendakwa, Metlife memperdaya umat Islam di negara ini secara halus melalui produk takaful yang dipromosinya.
“Ini merupakan agenda besar yang berniat jahat mengaburi penglihatan perbankan khasnya perbankan Islam di negara ini,” ujarnya.
“JMM kini juga menyeru umat Islam di negara ini supaya mengkaji semula dan menolak sebarang urus niaga yang berkaitan dengan jenama Ambank ini,” katanya lapor Malaysiakini
Rentetan dari itu seruan NGO Bodoh itu telah di jawab oleh Menteri Belia dan Sukan.
Khairy Jamaluddin menyindir NGO “bodoh” yang menyeru untuk memboikot firma perbankan Ambank kerana bekerjasama dengan satu firma mesra LGBT.
“Jelas sekali kebodohan tiada sempadan,” kata menteri itu dalam satu tulisan di Twitter semalam.
Katanya, sekiranya firma yang ada kaitan dengan masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender perlu diboikot, maka produk elektronik jenama Appel juga perlu dijauhi.
“Jika begitu, maka menggunakan iPhone juga dianggap mempromosi aktiviti LGBT kerana Tim Cook,” katanya yang merujuk kepada ketua pegawai eksekutif Apple.
Cook baru-baru ini mencetus keghairahan media apabila mengumumkan beliau seorang gay.