Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Patutlah Pihak Berkuasa Tak Nampak.. Cameron diteroka waktu malam rupanya..

$
0
0

Bagaikan ‘kebal’, aktiviti penero­kaan haram hutan di daerah ini masih terus dilakukan meskipun pelbagai operasi telah dan sedang dilaksanakan pihak berkuasa.

Bagaimanapun difahamkan pe­nerokaan yang hanya menggunakan jentera berat berantai ini ha­nya beroperasi pada waktu malam manakala jentera ini disembunyikan pada siang hari.

Difahamkan kawasan yang dite­roka ‘teruk’ di daerah ini setakat ini ialah kawasan Sungai Mensun, Batu 49 dan juga Lemoi.

Tinjauan Utusan Malaysia ke ka­wasan Sungai Mensun hari ini mendapati sepanjang kawasan berkenaan telah diteroka dengan kebun-kebun sayur manakala terdapat kesan-kesan kawasan-kawasan yang baharu diteroka dipercayai secara haram.

Meskipun kebanyakan ladang-ladang kosong, masih terdapat warga asing khususnya warga Bangladesh di kawasan itu yang mana ada diantaranya bertindak melarikan diri selepas melihat kenderaan asing.

Kawasan-kawasan penerokaan baharu dilihat digondol sewenang-wenangnya apabila kayu-kayu ba­lak hanya ditolak masuk ke dalam sungai berhampiran.

Kesan penerokaan untuk pertanian juga menyaksikan air su­ngai keruh dan sampah-sampah khususnya plastik baja dibuang ke dalam sungai sehingga mengganggu aliran sungai.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar (Reach) Cameron High­lands, R. Ramakrisnan berkata, penerokaan haram berkenaan masih terus dilakukan kerana peng­usaha terbabit merasakan pihak berkuasa tidak akan sampai ke kawasan berkenaan yang agak jauh.

Tambahnya, pelaburan besar sehingga mencapai jutaan ringgit menyebabkan ‘peneroka haram’ terbabit nekad meneruskan aktiviti berkenaan pada waktu malam bagi mengelakkan dikesan.

“Dua hari lepas saya mendapat laporan sebanyak 24 buah traktor kecil keluar daripada kawasan ber­kenaan pada kira-kira pukul 1 pagi ekoran operasi yang giat dilakukan.

“Bagaimanapun jentera berat berantai jenis CAT masih berada di dalam kerana kesukaran untuk dibawa keluar dan masih mela­kukan kerja-kerja pada waktu malam,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi penero­ka­an tanah ini juga dapat dilihat apabila masih ramai individu yang membeli minyak diesel yang ba­nyak pada masa ini.

Katanya, meskipun pembelian dihadkan kepada jumlah tertentu tetapi masih ada individu yang membeli dengan jumlah yang lebih banyak selepas melakukan ‘perbincangan’ dengan stesen minyak terbabit.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak harus menggembleng usaha bagi menyelamatkan Came­ron Highlands seterusnya memastikan keindahan tanah tinggi itu akan terus berkekalan.

“Kejadian banjir lumpur pada tahun lepas menjadi ukuran pada tahap amaran dan kejadian banjir lumpur pada tahun ini merupakan tahap permulaan kepada keadaan lebih teruk yang pastinya tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang pekebun sayur yang ditemui di kawasan berkenaan berkata, penggunaan jentera berat melalui laluan berke­naan menyebabkan jalan simen yang dibina pekebun sayur di kawasan itu rosak.

Tambahnya, ia juga menyebabkan kebanyakan tebing bukit di sepanjang jalan diruntuhkan bagi membolehkan kenderaan berat ber­kenaan memasuki kawasan pe­ne­rokaan haram lapor Utusan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622