Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Hamley's mohon maaf, dakwa arahan tanggal tudung datang dari pekerjanya yang memandai-mandai..

$
0
0

Susulan bantahan daripada pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor, kedai permainan terkemuka, Hamley's menafikan syarikat itu mempunyai sebarang polisi yang menetapkan pekerja wanita tidak dibenarkan memakai tudung atau hijab.

Rosyam Nor melalui akaun Twitter beliau pada Khamis lalu mendakwa Hamley's meletakkan syarat supaya anaknya tidak bertudung jika ingin bekerja di kedai itu yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama.

Hamley's Malaysia melalui facebooknya berkata, pihak pengurusan kedai itu mengalu-alukan individu yang ingin bekerja datang memohon, tidak kira bangsa atau agama.


"Setelah disiasat, memang seorang pekerja kami yang baru (bekerja) dan tidak mempunyai kuasa menemuduga atau mengambil pekerja, memberi maklumat tidak betul kepada anak Datuk Rosyam.

"Tindakan disiplin sudah diambil terhadap pekerja ini. Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf atas isu ini," menurut kenyataan itu.

Pihak pengurusan Hamley's turut melahirkan rasa kesal dengan insiden itu dan berharap Rosyam, anaknya serta orang Islam lain di negara ini yang terguris dengan kejadian tersebut sudi merima permohonan maaf mereka.

Di samping Rosyam, turut membantah Hamley's adalah Pergerakan Wanita Umno.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, dinafikan pekerjaan atau diminta menanggalkan tudung ketika bertugas alasan yang tidak wajar kerana ia tidak berkaitan dengan pencapaian kakitangan lapor The Malaysian Insider




Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622