Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Selain tiket percuma untuk Sirul ke Tali Gantung.. kenapa Kerajaan tidak batalkan pasportnya?

$
0
0

Dalam kes Ali dan Alvin yang lari keluar negara bagi menyelamatkan diri dari dikenakan hukuman oleh Mahkamah passport mereka telah dibatalkan untuk memaksa mereka pulang.

Meskipun tindakan membatalkan passport mereka itu dibidas oleh ramai Peguam kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, pihak Kerajaan meneruskan tindakan membatalkan passport itu.

Tujuannya ialah supaya pemegang passport itu dianggap sebagai pendatang haram dinegara yang mereka masuki kerana mereka tidak lagi punya dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim mengumumkan pembatalan pasport Ali dan Alvin kerana keduanya "sudah tidak boleh ditoleransi lagi."

"Secara perundangannya, penarikan balik pasport itu sah di sisi undang-undang," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Pasport milik peribadi, tetapi hak pembatalan itu milik negara. Ia bukan keistimewaan kepada peribadi, ia keistimewaan diberikan negara kepada seseorang warganegara," Zahid juga yang kata..

Jadi persoalannya sekarang ialah kenapa kerajaan tidak mahu membatalkan pasport Sirul sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Ali dan Alvin untuk memaksa mereka pulang?

Bila dibatalkan pasportnya.. pihak Australia sudah tentu akan mengusirnya keluar dari negara mereka kerana dianggap pendatang haram..

Kenapa ya tak mahu batalkan pasport dia? Adakah beliau "masih boleh ditoleransi lagi."?

Batalkan pasportnya.. tiket perjalan pulang juga sudah ditawarkan untuk Sirul..

Laporan berkaitan..

Sirul ditawar tiket untuk ke tali gantung



Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana atas kesalahan membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu ditawarkan tiket percuma untuk pulang ke tanah air bagi menghadapi hukuman.

Tawaran itu dibuat pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan.

Peguam Sirul sebelum ini mendakwa anak guamnya itu tidak dapat pulang ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan baru-baru ini kerana kesempitan wang.

"Saya secara peribadi ingin menawarkan beliau tiket percuma untuk pulang ke Malaysia dari Australia.

"Jika alasan yang disebut peguamnya betul dan beliau tiada niat untuk lari daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan, maka beliau akan menerima tawaran ini dan kembali ke tanah air untuk menghadapi hukuman," kata Sanjeevan dalam kenyataan.

Menurut Sanjeevan, alasan kesempitan wang untuk kembali ke tanah air bagi menghadapi pendengaran di Mahkamah Persekutuan itu "tidak dapat diterima sama sekali".

Sanjeevan turut melahirkan rasa kesal yang teramat sangat kerana Sirul dibenarkan bebas daripada ikat jamin sewaktu rayuan masih dibuat ke atas pembebasannya.

Menurutnya, pergerakan Sirul sepatutnya dipantau secara rapi selepas dibebaskan dengan ikat jamin.

"Bagaimanakah seorang suspek pembunuhan dalam kes berprofil tinggi boleh meninggalkan negara tanpa dikesan?

"Ini perlu disiasat dan kita perlu malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa kita," katanya.

Selasa lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri dalam kes pembunuhan paling kontroversi di negara ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan mereka dari tuduhan menyebabkan kematian Altantuya.

Altantuya berkhidmat sebagai penterjemah dalam pembelian kapal selam Scorpene sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Kerajaan kini dilaporkan sedang mencari ikhtiar untuk mengekstradisi Sirul pulang ke Malaysia untuk digantung ~ Malaysiakini




Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622