Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Najib dah keluarkan kenyataan mengenai hudud?.. betul ke?

$
0
0

Melaporlah lidah rasmi UMNO pada hari Ahad yang lalu.. kononnya menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi BN yang namanya Najib akan mengumumkan pendirian BN mengenai isu Hudud.

Kononnya Kenyataan rasmi berhubung pendirian Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) oleh Kerajaan Pas Kelantan akan diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin atau Selasa lalu.

Kata Ku Nan lagi.. berkata, berdasarkan perjumpa­an antara semua ketua komponen dalam BN baru-baru ini, mereka menyatakan persetujuan terhadap hukum hudud itu bagaimanapun mahu pelaksanaannya nanti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Hudud mesti ikut Perlembagaan. Kita tunggu Pengerusi BN untuk buat kenyataan, mungkin esok atau lusa. Hukum Allah tetap hukum. BN tidak pernah menghalang pelaksanaan hudud, yang menghalang adalah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kata Ku Nan tu... tak pernah menghalang tapi tak pernah teringin nak laksanakan pun...

Hari berganti hari namun kenyataan Najib tak juga timbul-timbul, yang bercakap tentang hudud dari BN hanya Menteri-menteri.. Perdana Menteri langsung tak berani bersuara..

Tapi jangan kita tersilap, diamnya Najib bukannya kerana takut kepada MCA atau MIC ataupun GERAKAN..

Tapi dalam diam dia tertawa melihat umpannya telah dimakan.. dah dimakan bercakaran pula.. percakaran yang telah tercetus antara PAS dan DAP yang semakin hari semakin panas..

Bak kata orang.. umpama retak menunggu belah buat masa ini.. lebih lama lagi Najib mendiamkan diri tentang isu ini lebih parahlah percakaran itu nampaknya..

Jadi tak sia-sialah UMNO Kelantan menyokong hukum Hudud yang dibentangkan PAS di Kelantan.. diperingkat nasional PAS dan DAP mula bercakaran..

Mungkin Najib tak akan umumkan pendirian BN tentang isu hudud ni.. sebab suatu masa lalu Najib pernah berkata hudud tak akan dilaksanakan di Malaysia..


Dan perlu kita ketahui.. apa yang tersebar dalam WhatsApp bukanlah kenyataan dari Najib..

Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan Datuk Seri Najib Razak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pelaksanaan hukum Hudud.

Perkara itu dijelaskan melalui laman Twitter 'Msia PM Press Office' @PMOMalaysia. "Pejabat PM ingin menafikan PM @NajibRazak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud hari ini", katanya.

Menurutnya, paparan kenyataan kononnya oleh Najib yang tersebar dalam aplikasi "Whatsapp" dan media sosial mengenai perkara itu adalah palsu. – Bernama 

Tunggulah sampai PRU14 pun.. tak adanya dia nak umum pendirian BN pasal hudud tu..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622