Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Siapa Aidana Baizieva yang turut terbunuh dalam nahas Helikopter itu?

$
0
0

Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak dapat mengenalpasti mangsa terakhir nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu.

Jurucakap HKL memberitahu, siasatan ke atas ke atas mayat berkenaan masih lagi dijalankan pada ketika ini. Menurutnya, HKL masih lagi menunggu laporan penuh daripada pihak polis dan Jabatan Perubatan Forensik.

“Ketika ini status mangsa keenam tersebut masih belum dikenalpasti dan sedang dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada mayat tersebut merupakan milik Aidana Baizieva, jurucakap tersebut memberitahu HKL tidak dapat mengesahkannya lagi.

Jurucakap berkenaan mengesahkan kedutaan Kyrgyzstan datang ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL pagi ini.

Jelasnya, kesemua mereka yang datang merupakan wakil kedutaan dan bukannya waris kepada Aidana Baizieva.

“Wakil kedutaan tadi datang untuk membantu proses siasatan pihak polis,” ujarnya.

Pagi tadi, Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan identiti wanita bernama Aidana Baizieva, mangsa terakhir nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu, merupakan rakyat negara berkenaan.

Ketika dihubungi di sini, pejabat kedutaan berkenaan memaklumkan pegawainya bersama kakak Aidana hadir ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses pengecaman dan tuntutan jenazah wanita tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke negara asal atau tidak.

Menurut rekod kedutaan, Aidana dilaporkan masih lagi bujang dan telah berada hampir setahun di Malaysia.

Kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, sebuah kereta milik pejabat kedutaan Kyrgyzstan tiba Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini sebelum sebuah lagi kereta tiba dua minit kemudian.

Pada pukul 1 petang, kereta model Toyota Vios yang dinaiki oleh kakak Aidana dilihat keluar daripada perkarangan dan enggan memberi sebarang reaksi ketika ingin ditemubual oleh pemberita.

Sebelum ini, lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing.

Keluarga mendiang Kapten Fournier, yang berasal dari Minnesota dan bekerja di negara ini sejak 20 tahun lalu sudah disahkan oleh pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara akan tiba hari ini bagi mengecam dan menuntut mayatnya.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat orang lagi terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang lapor RakyatPost


.... Dalam pada itu Utusan Malaysia juga melaporkan status wanita yang bernama Aidana Baizieza itu masih misteri..

HULU LANGAT 5 April – Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini semalam masih lagi menjadi misteri. 
Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak. 
Menurut sumber, ketika ini terdapat satu mayat yang belum dapat dikenal pasti jantinanya namun dipercayai wanita misteri tersebut. 
Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. 
Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’.

Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.

mStar pula melaporkan rakan Wanita malang itu telah hadir untuk menuntut mayat Aidana..


KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.

Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat. Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya. Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.


Persoalannya sekarang... Siapa Aidana Baizieva??



Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622