Ini mungkin membuktikan kebenaran khabar angin yang tersebar mengatakan Najib akan melakukan rombakan Kabinet dalam masa yang terdekat..
Mana-mana Menteri yang tak perform atau under perform (yang sebenarnya tak pandai bodek Rosmah dan Najib) akan digantikan..
Jadi untuk kekal dalam Kabinet Najib berebut-rebutlah Menteri-menteri dan Timbamal-timbalan mengeluarkan kenyataan membela dan membodek Najib dalam masa yang sama menunjukkan kesetiaan tak berbelah bagi kepada Rosmah dan Najib..
Tak ketinggalan Jamil Khir yang suatu masa dulu pernah didakwa menggunakan duit zakat untuk kepentingan peribadinya, bagaimanapun beliau mendakwa telah membayar kembali duit tersebut setelah isu mengenainya terbongkar.
Katanya hari ini jangan jadi "Keyboard warrior" sebar fakta tak benar mengenai 1MDB.. nanti kurang pahala puasa...
Mana dia tahu fakta yang disebar itu benar atau tidak?..
Masyarakat Islam dinasihatkan supaya tidak menjadi "keyboard warrior" dengan menyebarkan fakta tidak benar di laman sosial kerana melakukan fitnah di hujung jari juga dianggap berdosa terutamanya di bulan Ramadan, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merujuk kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila pengguna laman sosial kebelakangan yang ghairah "menyebarkan cerita dan maklumat yang tidak sahih" mengenai syarikat dibebani hutang RM42 bilion itu.
Namun, katanya ramai yang berdiam diri dan tidak membuat spekulasi tentang penahanan bekas pekerja IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo minggu lalu.
"Sebab itu dalam konteks Ramadan … apa lagi kalau cakap benda tak betul, cakap tentang 1MDB, asyik cerita dan buat ulasan sendiri.
"Tetapi bila Justo ditahan, semua pakat nak lepas diri," katanya dalam ucapan perasmian program sumbangan Aidilfitri kepada pesakit di Auditorium Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, perbuatan itu akan mengurangkan pahala mereka yang memberikan respons di laman sosial.
"Ini akan menghilangkan pahala, bab mengata, dia bubuh 'like' saja kena dah saham (kurang pahala) dia, apatahlah lagi dia 'forward', apatahlah lagi dia komen pula," katanya lapor The Malaysian Insider
Pasal penahanan Xavier Andre Justo tu baca ni..
Akhbar Thai, Bangkok Post memetik polis Thai sebagai berkata, Xavier Andre Justo yang berusia 49 tahun dibayar bersamaan 140 juta baht (kira-kira RM15.51 juta) untuk meninggalkan PetroSaudi International setelah didapati “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan”.
Dia juga didakwa menuntut 90 juta baht (kira-kira RM9.98 juta) lagi daripada PSI untuk tidak membocorkan maklumat seterusnya kepada syarikat-syarikat yang bersaing dengan PetroSaudi International.
Buat Salah Dapat Pampasan? Logiknya, mana-mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” disingkir tanpa pampasan dan, kalau ada unsur jenayah, dilaporkan kepada polis.
Tapi Xavier Andre Justo yang dituduh “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” syarikat dibagi pampasan RM15.51 juta.