Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafika memuat naik status di Twitter berhubung kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan pada awal pagi Rabu.
Katanya, apa yang dimuat naik itu adalah palsu dan dilakukan oleh orang yang tidak betul dengan niat fitnah.
“Ini tweet palsu kerja org tak betul & fitnah.1/6 saya tak ada tweet begitu. Jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa,” katanya menerusi Twitternya rasmi miliknya.
Sebelum ini dalam statusnya Ahli Parlimen Pontian itu dikatakan menulis kenaikan bahan api terbaru tidak membebankan dan ia dikaitkan dengan perbelanjaan rakyat Malaysia di restoran makanan segera KFC.
“Minyak NAIK RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban di mana?!,” antara status yang ditulis lapor Free Malaysia Today..
Tapi kan Ahmad Maslan.. hari ini 1/7 bukannya 1/6...
Mengaku sajalah kalau dah Tweet tu.. bukan rakyat tak biasa.. rakyat dah biasa dengan kenyataan-kenyataan bodoh dan menyakitkan hati hang tu!!