Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Tangkap Mahathir jika benar dialah dalangnya kata bekas MT UMNO

$
0
0

Jika benar Tun Mahathir adalah dalang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil wang dari 1MDB, pihak berkuasa sepatutnya tidak berlengah lagi untuk membuat tangkapan.

Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak segera menahan Tun Mahathir jika ada kebenaran dalam dakwaan tersebut.

Hal itu diluahkan Saifuddin dalam laman Twitternya.

Semalam, Najib mendakwa bekas Perdana Menteri keempat itu merupakan individu di sebalik pembohongan yang dibuat Wall Street Journal dan Sarawak Report, berkaitan isu skandal 1MDB.

Kata Najib, Tun Mahathir berbuat demikian kerana keengganannya tunduk kepada permintaan bekas perdana menteri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Fello Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong menyarankan agar Najib membuktikan dakwaan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaannya yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang di sebalik laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.


Fello Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, selagi dakwaan itu tidak dibuktikan, selagi itu mantan perdana menteri itu tidak boleh dituduh menjadi dalang di sebalik laporan berkenaan.

"Saya rasa tuduhan dalang ini perlu ada buktinya. Maksudnya Najib benar-benar tahu dan boleh memberi bukti kukuh Dr Mahathir adalah dalangnya.

"Jika ada bukti, tampil segera dan nyatakan kepada umum.

"Tuduhan Najib itu dilihat akan mencalarkan lagi imejnya dalam keadaannya sekarang sekali gus tidak membawa sebarang faedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Teo mengulas status di laman Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk segera menangkap Dr Mahathir.

Ia rentetan dakwaan Najib di dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Perdana Menteri baru-baru ini menyangkal laporan WSJ yang mendakwa dana hampir AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Najib turut mendakwa Dr Mahathir merupakan individu di sebalik laporan tersebut.

Katanya, tuduhan tidak berasas itu adalah susulan keengganannya untuk tunduk kepada Dr Mahathir kerana tidak mahu Malaysia diperintah melalui proksi.

Najib turut dilaporkan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan.

Mengulas perkembangan berasingan, Teo berkata penafian Najib dalam isu akaun banknya masih belum cukup kukuh.

"Penafian itu harus disekalikan dengan kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) dan AmBank. Tidak kekangan untuk bank berkenaan mengeluarkan kenyataan demi membesihkan nama Najib.

"Jika ada kekangan seperti Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) seperti yang didakwa, saya rasa boleh dikecualikan untuk isu ini," ujarnya.

Katanya lagi, kekangan BAFIA hanya akan merumitkan keadaan sekali gus menyebabkan imej Najib semakin tercalar.

"Dalam keadaan tertentu untuk menegakkan kebenaran dan atas budi bicara bank sendiri, rasanya boleh diketepikan kekangan itu.

"Jika tidak imej Najib akan menjadi tidak baik dan menambah syak wasangka dunia kepada Najib sendiri," jelasnya.

Sebelum ini, Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihak AmBank atau BNM tidak boleh mendedahkan wujud atau tidak nombor akaun yang didakwa WSJ adalah milik Najib.

Tegasnya, bank-bank berkenaan pelu merahsiakan maklumat kerana perkara tersebut tertakluk kepada undang-undang di bawah BAFIA lapor AstroAwani



Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622