Semalam Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan khabar angin mengenai pembubaran parlimen yang dikatakan akan berlaku hari ini.
Menurut menteri di jabatan perdana menteri itu, khabar angin tersebut hanyalah satu spekulasi dan tidak benar.
“Tiada pembubaran esok. Pembubaran selewat-lewatnya akan berlaku pada hujung bulan ini,” kata Nazri dipetik dari laman sesawang saluran berita Astro Awani.
Menurut ahli parlimen Padang Rengas itu lagi, arahan untuk anggota Kabinet hadir dengan berpakaian gelap dan bertali leher merah bagi lelaki esok adalah perkara biasa pada mesyuarat terakhir Kabinet bagi tujuan bergambar bersama perdana menteri dan timbalannya.
Itu kata Nazri Aziz.. tetapi pagi ini Najib telah dilaporkan sekali lagi masuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah..
Najib menghadap Tuanku Abdul Halim
KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Istana Negara Jalan Duta di sini tepat pada pukul 8.25 pagi.
Kehadiran perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini, menguatkan lagi desas-desus pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13.
Najib menghabiskan masa selama satu jam menghadap Tuanku Abdul Halim dan keluar dari istana pada pukul 9.12 pagi.
![]() |
Perdana Menteri tiba di Istana Negara pada pukul 8.25 pagi |
![]() | |
Konvoi perdana menteri memasuki perkarangan istana Negara |
![]() |
Perdana Menteri menghabiskan masa kira-kira sejam di Istana Negara |
![]() |
Najib keluar dari Istana Negara pada pukul 9.12 pagi. |