PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.
Che Long, 48, yang juga merupakan Bendahari PAS Besut adalah anak tempatan Kuala Besut Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.
Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.
Nama Che Long diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.
Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.
Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini.
Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.
Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz ~ The Malaysian Insider
Sementara itu AstroAwani melaporkan..
KUALA LUMPUR: PAS memilih untuk menurunkan muka baru, Azlan Jusoh sebagai calon dalam Pilihan raya Kecil Kuala Besut yang dijadualkan diadakan pada 24 Julai nanti.
Azlan, 48, atau lebih dikenali sebagai Che Long merupakan seorang ahli perniagaan yang juga anak tempatan Kuala Besut.
Nama Che Long diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dalam satu majlis di Kampung Nail, Kuala Besut.
Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat malam semalam memutuskan untuk memilih Che Long sebagai calon.
Selain Che Long, dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK Kuala Besut diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Dr A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.
BN menang dengan majoriti 2,434 undi.
Barisan Nasional (BN) pula memilih jurutera muda Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 sebagai calon mereka.
Nama Tengku Zaihan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.