Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Gara-gara tak diupah ke PRK Kuala Besut, Ahmad Maslan diserang Blogger UMNO..

$
0
0

Membaca beberapa Blog Pro UMNO hari ini membuatkan aku tertanya-tanya siapakah yang bertanding di DUN Kuala Besut ini..

Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat Oleh Muhyiddin dan TG Haji Hadi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mewakili BN dan Azlan Yusof @ Che Long pula dari PAS.

Namun begitu nama Ahmad Maslan kelihatan lebih popular di blog-blog Pro UMNO berbanding nama Tengku Zaihan, beliau diserang seolah-olah beliau yang menentang calon BN dalam PRK ini..

Bagaimanapun jika diteliti artikel-artikel dari Blog Pro UMNO itu semuanya kerana duit, duit dan duit..

Gara-gara tidak dijemput dan diupah untuk membantu kempen jentera Pilihanraya Barisan Nasional dalam PRK Kuala Besut, Ahmad Maslan diserang Blogger-blogger Pro UMNO.

Ni salah satu darinya...

Ingat lagi kenangan sejak 2010, gua mula terlibat di PRK Hulu Selangor, beranjak ke PRK Galas tinggal sebumbung dengan Papagomo & DarulEhsanToday (DET) serta blogger GelombangRakyat & BadutRakyat yang pertama kali menyertai PRK, seterusnya ke PRK Tenang dan Kerdau/Merlimau. Sehinggalah misi agak besar ditatang semasa di PRN Sarawak. 
Ketika itu blogger proBN dari semua kultus seperti UMB, NadiRakyat, dan lain2 blogger bebas merasakan PRK seperti satu majlis reunion... melupakan semua perbedaan masing2 demi matlamat perjuangan yang satu - memastikan kemenangan calon BN!! 
Saat itu blogger2 yang berkhidmat sepenuh masa seperti gua 'bergantung harap' kepada ADUN atau Ahli Parlimen yang meninggal dunia sebagai 'punca pendapatan' meneruskan survival perjuangan untuk parti/kerajaan tercinta ini. 
Sinis bunyinya tapi itulah hakikat yang pernah kami telan, yang wajib pemimpin2 UMNO/BN ketahui. 
Bukan lumayan elaun yang diperolehi hasil kerja-keras turun padang untuk berjuang, tapi rasa cukup bersyukur dengan rezeki sekelumit itu. 
Usai PRU13 semua blogger & cytroopers seolah dilupakan oleh para pemimpin2 UMNO/BN yang merasakan tembolok mereka sudah selamat walau dengan kemenangan yang agak tipis. 
Ramai blogger yang mencari kerja sambilan untuk menyara kehidupan, mencari kerja tetap dirisaukan terganggu jika berlangsung PRK dengan tanggapan akan dikerah membantu UMNO/BN di ruang siber seperti cerita2 indah masa lalu... dengan matlamat perjuangan yang lebih mahal dari sebarang bentuk material! 
ADUN Kuala Besut meninggal dunia... Semua blogger mula berkobar untuk pergi membantu perjuangan BN di sana, bahang semangat PRU13 masih belum luntur. 
Sebagai seorang yang sudah acapkali dengan pengalaman itu merasakan situasi turun di battleground sebenar jauh berbeza kepuasannya berbanding meraban di ruang siber semata-mata. 
MALANGNYA.... 
Malangnya bila Timbalan Menteri Kewangan yang ditugaskan untuk mengawasi perang siber PRK Besut, Ahmad Maslan menjelaskan sudah menghantar 30 blogger ke sana dan tidak perlu lagi bantuan tambahan. 
Siapa 30 blogger tersebut, adakah mereka sudah faham rencah-ragam PRK bila gua tanyakan kepada rakan2 blogger yang pernah berjuang bersama semasa PRK kebanyakan mereka tidak dimaklumkan sebarang berita. 
Diberitakan cuma sekumpulan blogger dari kultus yang sudah dimanjakan dengan wang ringgit di bawah pimpinan Datuk A dari PMO sahaja dihantar ke Kuala Besut. Ahmad Maslan cuba memperkecilkan peranan blogger/cytroopers proBN lain dengan jawapan angkuh sebegitu... Jadi gua menyeru kepada semua blogger/cybertroopers membisukan terus isu PRK Kuala Besut sehinggalah selepas keputusan PRK tersebut - kita tengok penangannya, biar Ahmad Maslan belajar untuk belajar dari kesilapan!~ 1Peluru

Oleh itu beliau menyarankan ..

semua blogger & cytroopers pro-BN sila #MuteKualaBesut untuk kita tengok betapa efisennya 30 barua2 Akmar &Ahmad Maslan di sana!!  
Kepada barua2 Ahmad Maslan di sana, selamat mendapat RM300 seorang sebagai hadiah mengekornya bila ambik gambar lepas dia sikat rambut!

Kalau ikhlas nak berjuang kenapa perlukan jemputan?.. turun sajalah kesana.. buat kerja diam-diam.. itupun kalau ikhlasla...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622