Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Bukan projek saja yang pemimpin UMNO sapu.. tanah pun diaorang sapu jugak.. baca nih!

$
0
0

Azmin dalam perbahasannya mendakwa bahawa, isu projek Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) bukan peruntukkan tambahan tetapi projek "mi segera" yang diberi oleh perdana menteri tanpa tender terbuka kepada ketua Umno bahagian menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Saya rasa Yang Berhormat sudah lama tinggalkan Umno sebab itu tak tahu perkembangan, kita pun marah dengan pimpinan sebab kita minta (projek) tak dapat. Semua pun tender terbuka. Menampakkan ketelusan kerajaan menjurus kepada tender terbuka. Gombak tak tahu perubahan yang berlaku," kata Bung.

Selepas itu, Azmin yang menyambung perbahasannya berterima kasih kepada Bung kerana mengesahkan bahawa memang wujud kegiatan ketua umno meminta projek.

"Terima kasih Kinabatangan (Bung) kerana bantu saya sahkan ketua umno bahagian memang minta kontrak," kata Azmin. Bung yang secara spontan juga terus bangun dan berkata:

"Dalam PKR pun minta juga. Tak ada tak minta. Kalau tak minta itu dayus nama dia.

Tapi.. bukan projek saja yang pemimpin UMNO dan BN sapu.. tanah pun diaorang sapu jugak..

Baca nih..


Ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut didakwa masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut.

Ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, empat pemimpin tersebut: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Nawi Mohamad (PT 6904), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).

Pada ketika itu, kata Dr Dzulkefly, Abdullah menjadi ahli Parlimen Besut, Nawi (ADUN Hulu Besut), Mohamad Pehimi (ADUN Kota Putera) dan Idris sebagai ADUN Jertih.

Ia bukan dimiliki pada penggal ini, tambah Dr Dzulkefly lagi. "Inilah dia, tradisi mendahulukan penguasa politik.

Kami cabar supaya terangkan apakah ini sebenar-benarnya hakikat," katanya di Markaz Besar Pilihan Raya PAS Besut di Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.

"(Sedangkan) dalam kempen pilihan raya, mari dengan beri kambing, lembu. Kononnya projek membangunkan Kuala Besut yang paling terpinggir dalam empat DUN dalam Besut," katanya dalam sidang media pagi ini.

Dalam sidang media itu, Dr Dzulkefly yang juga bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menunjukkan peta dan lokasi lot tanah itu dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, daerah Besut.

Ditanya sama beliau mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaannya, Dr Dzulkefly berkata: "Itu akan didedahkan... Kita tahu... Jangan bimbang. Kami mahu mereka mencabar kami (balik).

"Kita semak. Setakat hari ini tidak ada siapa berani menyahut lontaran kami semalam," katanya. Malaysiakini sudah menghubungi keempat-empat pihak yang dinamakan di atas.

 Setakat ini hanya Nawi yang memberikan responnya dengan mengakui perkara itu.

~ Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622