Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Chegubard dan Aunty Bersih antara 33 individu didakwa sertai Perhimpunan Black 505

$
0
0

Seramai 33 peserta demonstrasi Black 505 termasuk Adam Adli Abdul Halim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana terbabit dalam perhimpunan haram dan merusuh.

Annie Ooi Siew Lan atau Aunty Bersih, Muhammad Safwan Anang dan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard antara 33 yang didakwa.

Mereka didakwa dengan satu pertuduhan, terlibat dalam perhimpunan haram manakala 17 lagi berhadapan dengan pertuduhan tambahan kerana merusuh.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan mereka diikat jamin dengan RM2,000 setiap seorang. Beliau menetapkan perbicaraan bermula pada 19 Ogos.

Dengan 33 orang, jumlah wang jaminan mencecah RM66,000. Difahamkan, aktivis mendapat derma orang ramai untuk mengumpulkan wang jaminan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Faizah Md Salleh mencadangkan jaminan berjumlah RM10,000 dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin tetapi dibantah peguam bela, Eric Paulsen.

Selain Ooi, mereka ialah Adam Adli, Safwan Awang, Badrul Hisham Shaharin, Norazimah Mohamad Nor, Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, Muhamad Al Fateh Abdul Adzis, Ahmad Syukri Che Ab Razab, Mohammad Yaser Abdul Rahman, Muhammad Aiman Hakim Zainal Arifin, Lim Sue Pei, Mah Chee Hoe, Tong Chan Sang, Abdullah Hassan, Muhammad Akram Ahmar, Muhamad Hafizuddin Yahya, Mohd Zairi Shafaai, Mohd Sofian Mat Dali, Mohd Mus-ab Abdul Habib, Ahmad Hizami Mohd Hazir, M. Mythreyar, Lew Chee Kong, Ungku Amer Faez Ungku Fauzie, Hong Chee Wang, Norazizi A Aziz, Shariful Azmir Mustafa, Amirul Syazwan Nazaruddin, Edy Noor Reduan, Md Sani Md Shah, Wan Noor Farel Azli Wan Haron, Mohd Fauzy Mohd Yusof dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

Mereka adalah kumpulan kedua dibawa ke mahkamah atas tuduhan menyertai Perhimpunan Black 505. 

Isnin lalu, tujuh orang termasuk Rafizi Ramli dan Anthony Loke selaku penganjur perhimpunan, didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

~ The Malaysian Insider

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622