Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622

Hukum Hudud: Gilotin cadangan wartawan mStar, bukannya cadangan Mohd Amar..

$
0
0

Mstar Online semalam melaporkan, Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri Kelantan dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin dikatakan menjadi pilihan.

Menurut portal berkenaan Amar berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya tetapi jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

Ini laporannya..

KOTA BHARU: Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 dijangka akan digunakan di Kelantan. 
Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan. 
Pengerusinya, Datuk Mohd Amar berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya. 
Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah. 
"Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju untuk menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar 'Hippocratic Oath' (sumpahan untuk menegakkan piawaian profesional dan mengamal perubatan secara etika). 
Mohd Amar berkata, alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan. 
Malah hakim menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir. 
"Saya akan membuat kajian yang menyeluruh kepada kaedah yang digunakan semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18 apabila gilotin digunakan untuk memenggal kepala sebagai hukuman mati," katanya. 
Ironinya, alat pemenggal kepala Perancis itu yang diperkenalkan berabad-abad ini telah dihapuskan kerana hukuman yang tidak berperikemanusian. 
Peralatan berat itu digunakan sempena nama Dr Joseph Ignace Guillotine yang memperkenalkannya biarpun peralatan itu bukan hasil ciptaannya. 
Kali pertama alat pemenggal kepala itu digunakan di Place de Greve di Paris ke atas perompak bersenjata Jacques Nicolas Pelletier pada tahun 1792. 
Manakala orang terakhir dijatuhkan hukuman menggunakan alat ini ialah Hamida Djandoubi pada tahun 1977 yang dikaitkan dengan pembunuhan.

Lelaki Tunisia itu didapati bersalah membunuh bekas kekasihnya, Elisabeth Bousquet.

Bagaimana pun Perancis memansuhkan hukuman mati pada tahun 1981. 
Mohd Amar berkata kaedah kemungkinan untuk menjatuhkan hukuman termasuk memotong anggota badan pesalah di bawah Kanun Jenayah Syariah II 1993, telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini. 
Beliau yang tidak hadir pada mesyuarat itu kerana menunaikan ibadah Haji berkata, antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah lapan orang mufti dan beberapa orang doktor. 
"Saya akan hadir pada mesyuarat seterusnya dan memberi cadangan mengenai alat pemenggal kepala mini ini dengan lebih terperinci," katanya. 
Kelantan bercadang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakannya hukum itu pada tahun depan ` mStar


Rentetan dari laporan tersebut, parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan parti komponen Barisan Nasional, MCA membidas langkah tersebut.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menafikan apa yang dilaporkan oleh mStar itu dan mendakwa cadangan menggunakan Gilotin itu adalah cadangan dari wartawan bukannya apa yang dicadangkan oleh Datuk Mohd Amar..

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan melahirkan kesal terhadap laporan tidak tepat berkaitan penggunaan 'gilotin' bagi menghukum pesalah yang disabitkan di bawah perundangan Islam.  
Datuk Mohd Amar Abdullah menjelaskan cadangan kaedah 'gilotin' adalah disebut sendiri wartawan akhbar terbabit.  
Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Besar, Mohd Khairil Hazmie Yusof berkata, Mohd Amar memberitahu wartawan terbabit mengemukakan cadangan itu berdasarkan perbualan telefon dengannya.  
“Justeru itu mengaitkan Timbalan Menteri Besar dengan cadangan berkenaan adalah kesilapan yang boleh menjejaskan kefahaman masyarakat.  
“Ini menimbulkan kegusaran dan boleh merosakkan imej kerajaan negeri yang sedang berusaha mendidik orang awam memahami dan menerima hukum hudud,” katanya pada satu kenyataan di sini ~ HarakahDaily

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7622