Dah agak dah!! sebagaimana yang telah dijangkakan iaitu Ahmad Maslan tidak akan berani punyalah untuk berada satu pentas dengan Tun Mahathir, Tony Pua dan Rafizi bagi mempertahankan hutang 1MDB..
Kalau berani berada satu pentas, jadi badut sajalah dia.. mampu ke dia nak menentang hujah Tun?
Hari ini Ahmad Maslan sahkan beliau tidak akan hadir ke Forum tersebut kononnya kerana tidak mendapat surat jemputan.
Alasan saja tu.. takut cakaplah takut.. Surat yang dihantar kepada Tun telah diterima oleh oleh pihak Tun.. macam mana pulak surat kepada Ahmad Maslan tu tak sampai?
Bahkan bukan beliau saja yang tidak akan hadir malah Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan.
Alasan Ketua Eksekutif 1MDB tidak diketahui..
Jika alasan Ahmad Maslan beliau tidak mendapat surat jemputan, maka disarankan kepada Rafizi supaya fak surat jemputan kepada Ahmad Maslan sekali lagi..
Laporan berkaitan..
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tidak akan menghadiri forum berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan Rabu depan kerana beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada penganjur.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan.
"Forum ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) NOW, yang dipercayai rapat dengan Rafizi," kata Ahmad pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahmad berkata, forum berkenaan mula tersebar di laman media sosial dengan tertera gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dirinya, Hazem dan ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mewakili Pakatan Rakyat (PR).
"Saya tidak menerima surat jemputan dan tidak menyatakan akan hadir. 1MDB juga tidak akan hadir.
"Ini salah satu lagi usaha, bila tidak datang kata saya penakut. Cukuplah bagi saya menjawab di Parlimen," kata Ahmad kepada pemberita.
Forum berkenaan dijangka diadakan di The Club, Kuala Lumpur pada Rabu, bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam lapor The Malaysian Insider
Tapi menurut laporan dari blog-blog macai, Tun Mahathir juga tidak akan hadir meskipun menerima jemputan..
Sumber daripada Pejabat Tun Dr Mahathir, beliau tidak pernah memberi persetujuan untuk hadir ke Forum 1MDB anjuran National Oversight & Whistleblowers (NOW)